Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 9, 2016

HAMBALI : Kenapa kita Tidak Mempertahankan PM?

Kenapa biarkan media asing serang PM?:
ULASAN Di mana semua pemimpin utama BN, NGO yang hebat pamer kekuatan berada ketika imej negara diperkatakan secara negatif oleh media antarabangsa?
http://mk-cdn.mkini.net/1028/51b015f2db9d909ed88d452b45259484.jpg 

Semakin hari semakin terjejas imej negara dan pemimpin gara-gara ‘laporan jahat’ media antarabangsa.

Syarikat media sama ada dari AS, Britain dan negara jiran - Singapura - wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk diberi pengajaran kerana menyiarkan berita palsu dan bersifat spekulatif ke seluruh dunia.

Terbaru, ia berkaitan laporan kononnya China akan membantu 1MDB membuat pembayaran balik kepada syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).

Laporan oleh Financial Times (FT) berpusat di Britain itu dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan IPIC, iaitu syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.

Kerajaan dan 1MDB perlu bertindak terhadap penyiaran berita sama ada oleh FT atau syarikat berita lain yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik Malaysia, kerajaan, pengurusan 1MDB dan individu yang terbabit.

Berita itu bukan kecil nilainya. Ia bukan sahaja memberikan gambaran buruk kepada 1MDB tetapi turut mengaitkan nama perdana menteri setiap kali ada masalah berkaitan dengan firma berkenaan.

Malah laporan dan ulasan, termasuk oleh South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong turut membawa tajuk “Has China offered to bail out Malaysia's 1MDB? At what cost?" begitu membimbangkan.

Lebih mengejutkan, SCMP yang memetik seseorang yang dikatakan mengetahui mengenai perkara itu memberitahu akhbar berkenaan, Malaysia akan bertukar aset untuk mendapatkan pembiayaan China bagi tujuan berkenaan.

“China sedang membahagi-bahagikan goodwill di seluruh wilayah sekitarnya... jadi ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Oh Ei Sun, bekas pembantu penting Datuk Seri Najib Razak.

Lebih tinggi dari bidaan tempatan

Beijing memang tidak membuat permintaan yang pelik-pelik untuk bantuan ekonomi itu tetapi pasti ada harapan bahawa Malaysia "perlu tahu apa yang perlu dilakukannya", tegas Oh.

Tidakkah laporan ini seakan mengesahkan spekulasi oleh media Barat dan Singapura setakat ini?
 
Berkaitan ini, The Straits Times Singapura semalam turut memetik laporannya sebelum ini (6 Julai 2016) bahawa sebidang tanah yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dimiliki 1MDB di Pulau Pinang menarik minat sebuah syarikat China untuk mengembangkan perniagaanya di Malaysia.

Tanah seluas 94.7 hektar di daerah Air Itam itu dikatakan menarik minat perbadanan China termasuk Metallurgical Corp, yang bersedia membayar harga lebih tinggi daripada pembida tempatan.

Kenyataan ini dikatakan disahkan oleh eksekutif kewangan yang terbabit dengan rundingan perniagaan itu. Dikatakan, syarikat China mahu membeli tanah itu dengan harga RM2 bilion (S$671 juta) atau secara perjanjian pembangunan bersama.

Jika dibangunkan secara bersama, 1MDB dijanjikan keuntungan sebanyak RM3.5 billion.

Laporan oleh The Straits Times Singapura itu sebagai susulan berita FT yang menyebut bahawa tiga individu yang mengetahui perkara itu berkata, China dijadikan sumber dana bagi 1MDB.

Ia menambah, satu sumber memberitahu akhbar itu yang Malaysia akan melakukan pertukaran aset bagi pembiayaan itu.
Berikutan itu, pihak kerajaan membuat penafian keras terhadap dakwaan ada rundingan mengenai bantuan kewangan dalam pertikaian dengan IPIC antara firma pelaburan milik kerajaan dengan kerajaan atau syarikat dari China.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menafikan laporan FT itu dengan mengatakan: “Sebagai pengerusi 1MDB, tidak ada perkara seperti itu. Berunding dengan China atau apa-apa. Itu sangat jelas.

"Saya pengerusi 1MDB, saya tahu. Jadi tiada apa-apa," kata beliau yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tiada dalam pengetahuan

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa beliau tidak tahu menahu bahawa China dihubungi untuk membantu 1MDB menyelesaikan komitmennya kepada syarikat IPIC.

Dalam kenyataan menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini Johari mencadangkan supaya portal ini menghubungi Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk penjelasan.

"Saya tak tahu apa yang tertulis mengenai perkara itu. Mungkin anda patut tanya dengan Arul Kanda," katanya.

Kata Johari beliau tidak melihat ada sebarang alasan untuk China terlibat dalam pertikaian antara 1MDB dan IPIC.

Ditanya sama ada kerajaan atau kabinet ada membuat sebarang keputusan mengenai pembayaran semula 1MDB atau pertukaran aset bagi bantuan kewangan itu, Johari berkata, tiada sepanjang pengetahuannya.

Berikutan laporan FT itu, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendesak kerajaan memberi penjelasan mengenai laporan FT.

Katanya berita disiarkan FT itu benar-benar merunsingkan kerana ia seolah-olah mengesahkan maklumat yang diperolehinya beberapa bulan lalu mengenai kemungkinan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di bursa Singapura tahun depan.
Arul Kanda turut menjelaskan, beliau sudah memberi reaksi kepada FT mengenai laporan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau menafikan laporan berkenaan, Arul Kanda meminta supaya Malaysiakini merujuk responnya kepada FT.

Dalam berita disiarkan FT semalam, Arul Kanda dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Katanya 1MDB tidak ada apa-apa sebarang komen untuk ditambah kepada kenyataan dikeluarkan berhubung pertikaian agensi pelaburan berkenaan dengan IPIC sebelum ini.

1MDB dan IPIC kini terlibat dalam proses timbang tara di mahkamah London membabitkan pertikaian bernilai lebih AS$6.5 bilion (RM28.72 bilion).

Persoalannya kini, kenapa media antarabangsa menyerang Malaysia bertalu-talu?

Tidak cukup dengan penulisan, mereka turut menyiarkan gambar dan kartun yang sangaja cuba memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Kenapa apabila timbul isu mempersoalkan integriti negara ini, pemimpin parti utama BN - termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan yang aktif menunjukkan kekuatan - hanya berdiam diri dan tidak melakukan sebarang usaha seperti menyaman media antarabangsa yang membuat fitnah?

Jika menentang pembangkang dalam negara, BERSIH5, isu Rohingya, dana Soros dan sebagainya mereka dilihat aktif mempertahankan kerajaan dan perdana menteri.

Bagaimana pula dengan laporan palsu media antarabangsa yang bertalu-talu menyerang Najib dan Umno?

HAMBALI ABDUL LATIFF adalah bekas pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...