Pemenang ditentukan melalui undian yang sedang berlangsung kini sehingga 9 Januari 2017. [Klik di sini untuk mengundi]
Ada kira-kira sebulan lagi untuk peminat menahan debaran dan
mengetahui tuah di kaki Faiz Subri dan 'jodoh' pemain Pulau Pinang itu
dengan trofi Puskas Fifa 2016.
Dalam keadaan dia sudah mengharumkan nama negara, tiba-tiba Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengumumkan insentif khas kepada pemain Pulau Pinang itu.
Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada Faiz yang kini berpeluang besar memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016.
Kata Tengku Mahkota Johor itu sumbangan berkenaan adalah tanda penghargaan beliau atas kejayaan pemain terbabit mengharumkan nama negara.
"Namun ia tidak ada sebarang kaitan mengenai spekulasi beliau (Faiz) akan menyertai JDT untuk saingan liga Malaysia musim depan," katanya melalui kenyataan disiarkan di Facebook petang ini.
Faiz kini berada dalam tiga kelompok terbaik yang disenarai pendek untuk memenangi anugerah penjaring gol terbaik dunia hasil daripada tendangan percumanya pada 16 Februari lalu.
Ketika itu Pulau Pinang berdepan Pahang dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Harimau Kumbang 4-1.
Dua lagi calon mencabar Faiz untuk anugerah Puskas tahun ini ialah Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Untuk berada di tempat terbaik kini mereka mengetepikan tujuh pemain lain termasuk Lionel Messi dan Neymar.
Pemenang ditentukan melalui undian yang sedang berlangsung kini sehingga 9 Januari 2017. [Klik di sini untuk mengundi]
Sementara itu, mengenai spekulasi pemain tengah Pulau Pinang itu akan berhijrah ke selatan dilihat tidak berasas setakat ini apabila Faiz sendiri menafikannya.
Dihubungi Malaysiakini Sukan semalam, Faiz berkata dia akan kekal sebagai pemain Harimau Kumbang berikutan kontraknya masih berbaki.
"Laporan itu tidak benar, mungkin ada pihak yang sengaja reka cerita," katanya merujuk spekulasi yang membabitkan perpindahannya berkenaan.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang sebelum ini telah mengumumkan 15
pemain yang sudah disahkan berada dalam pasukan itu bagi mengharungi
musim 2017.
Faiz - anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah - juga menegaskan dia mahu memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad Harimau Kumbang menjelang cabaran musim depan, di samping persiapan untuk ke Zurich, awal bulan depan.
Dalam keadaan dia sudah mengharumkan nama negara, tiba-tiba Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengumumkan insentif khas kepada pemain Pulau Pinang itu.
Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada Faiz yang kini berpeluang besar memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016.
Kata Tengku Mahkota Johor itu sumbangan berkenaan adalah tanda penghargaan beliau atas kejayaan pemain terbabit mengharumkan nama negara.
"Namun ia tidak ada sebarang kaitan mengenai spekulasi beliau (Faiz) akan menyertai JDT untuk saingan liga Malaysia musim depan," katanya melalui kenyataan disiarkan di Facebook petang ini.
Faiz kini berada dalam tiga kelompok terbaik yang disenarai pendek untuk memenangi anugerah penjaring gol terbaik dunia hasil daripada tendangan percumanya pada 16 Februari lalu.
Ketika itu Pulau Pinang berdepan Pahang dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Harimau Kumbang 4-1.
Dua lagi calon mencabar Faiz untuk anugerah Puskas tahun ini ialah Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Untuk berada di tempat terbaik kini mereka mengetepikan tujuh pemain lain termasuk Lionel Messi dan Neymar.
Pemenang ditentukan melalui undian yang sedang berlangsung kini sehingga 9 Januari 2017. [Klik di sini untuk mengundi]
Sementara itu, mengenai spekulasi pemain tengah Pulau Pinang itu akan berhijrah ke selatan dilihat tidak berasas setakat ini apabila Faiz sendiri menafikannya.
Dihubungi Malaysiakini Sukan semalam, Faiz berkata dia akan kekal sebagai pemain Harimau Kumbang berikutan kontraknya masih berbaki.
"Laporan itu tidak benar, mungkin ada pihak yang sengaja reka cerita," katanya merujuk spekulasi yang membabitkan perpindahannya berkenaan.
LIGA SUPER 2017
Berikut adalah 16 pemain yang dikekalkan dan bersetuju untuk beraksi bersama Pulau Pinang untuk musim 2017.
Pihak pengurusan akan mengumumkan pemain pemain baharu dalam masa
terdekat setelah rundingan kontrak dan pemeriksaan kesihatan selesai.Faiz - anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah - juga menegaskan dia mahu memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad Harimau Kumbang menjelang cabaran musim depan, di samping persiapan untuk ke Zurich, awal bulan depan.
No comments:
Post a Comment