Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 7, 2016

Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) @ 1MDB

Mengapa siasat saya? Mengapa tak siasat FBI, Clare tanya Zahid 

Kenyataan Clare itu dibuat melalui satu rakaman video di Panama City. Dia berada di Panama untuk menghadiri Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung di situ.

Clare adalah antara tiga orang yang bercakap pada sesi bertajuk "Siasatan terhadap penggubahan Wang", di mana beliau bercakap mengenai 1MDB.

http://mk-cdn.mkini.net/1065/814c85f60887a1ed4741833319a19bd5.jpg  
Integriti 1MDB terus dimomokkan di peringkat antarabangsa / Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas untuk membersihkan 1MDB.

Daripada menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat Sarawak Report, editor laman web pemberi maklumat itu Clare Rewcastle-Brown telah mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, ini kerana FBI sedang menyiasat perkara yang sama yang telah dilaporkannya.
"Saya dapati sangat pelik timbalan perdana menteri dan Umno mahu memburuk-burukkan dan menyerang saya... kerana mendedahkan sesuatu yang kini disokong FBI dan pihak penguatkuasa di seluruh dunia.
"Justeru, mengapa Zahid tidak menubuhkan sebuah pasukan khas bagi berdepan dengan FBI dan mengapa beliau tidak mengkritik bank-bank yang mengakui berlaku salah laku membabitkan wang 1MDB?
"Mengapa tidak ambil tindakan undang-undang di negara yang mengenal pasti jenayah dinamakan sebagai 1MDB?" tanya Rewcastle-Brown.
Semasa menggulung perbahasan di hari terakhir perhimpunan agung Umno pada 3 Disember lalu Zahid yang juga naib presiden parti berkenaan memberitahu, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai pertubuhan tempatan, termasuk laman sesawang Sarawak Report.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata beberapa pertubuhan menerima dana asing dan sedang berusaha menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak demokratik.
Di luar negara, beberapa bank dan pegawai yang mempunyai kaitan dengan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasa ekoran dakwaan berlaku penyelewengan dan penggubahan wang haram membabitkan dana agensi pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.
Clare kemudian mencabar Zahid untuk menemu bualnya.
"Silakan temu bual saya. Saya sangat gembira untuk memberikan anda jawapan saya mengenai sebab saya buat apa yang sedang saya lakukan sekarang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...