Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 8, 2016

PENGKHIANAT UMNO

                         

PENGKHIANAT UMNO & MELAYU!!!Tun Mahathir(Tun M) Jawab Najib Razak 

http://mk-cdn.mkini.net/1019/c1c97f78f53bc90d4dc1e6fe2f25b30d.jpg 

Portal pro-Umno terus membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 dengan mengingatkannya agar tidak mengheret arwah Tunku Abdul Rahman dalam hal tersebut.
Mykmu.net berkata, Tunku Abdul Rahman tidak pernah menghadiri mana-mana majlis rasmi DAP apatah lagi persidangan kebangsaan seperti itu.
"Yang tak pernah berlaku ini ialah mantan presiden Umno duduk sepentas dengan DAP atau lebih tepat, sama-sama hadir dalam konvensyen DAP. Itu belum pernah berlaku.
"Mahathir kata Tunku dulu pernah buat dan dia ada gambar untuk membuktikannya, penulis sedar gambar itu ada tapi bukan dalam konvensyen DAP," kata portal itu.
Katanya, Tunku Abdul Rahman yang menyertai Semangat 46 (S46) sebelum meninggal dunia pernah hadir dalam majlis bersama beberapa pemimpin DAP.
Namun, tambahnya, arwah tidak pernah hadir dalam mesyuarat DAP, memelayukan DAP lebih dari Umno dan sebagainya.
Justeru, kata portal itu, tindakan Mahathir menggunakan nama Tunku Abdul Rahman untuk menghalalkan kehadirannya dalam majlis DAP adalah perbandingan yang murah dan hanya untuk pertahan diri saja.
Pada masa yang sama, mykmu.net juga berkata, tindakan Umno berada sepentas dengan PAS bukan perkara baru kerana Mahathir juga pernah bersama-sama dengan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada tahun 2002.
Pada masa itu, imbau portal itu, Fadhil dan Mahathir duduk bersama-sama di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam syarahan perdana anjuran ABIM bercakap tentang isu Palestin.
"Ianya dikira bersejarah sebab Mahathir – atas kapasiti sebagai Presiden Umno - tidak pernah sepentas dengan mana-mana presiden PAS atas apa juga isu.
"Jadi, soal Najib bersama-sama dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama, sepentas dalam soal Rohingya di Kuala Lumpur bukanlah isu baru sebab Mahathir mulakan dulu," katanya lagi.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...