Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 11, 2018

PAS solat hajat, doa ratus kali pun tak menang Putrajaya - Tok Him

PAS solat hajat, doa ratus kali pun tak menang Putrajaya - Tok Him

Haspaizi Zain  | 
Diterbitkan  | 


   
Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bimbang dengan doa
"pendekkan hayat" kerajaan PH kerana ia belum tentu dimakbulkan Allah
SWT, kata Dr Ibrahim Ali.
Malah, kata Presiden Pertubuhan Pribumi
Perkasa (Perkasa) itu PAS sudah banyak berdoa dan melakukan solat hajat,
namun tetap tidak mampu memenangi Putrajaya.

"Cuma pada saya tak payahlah bising sangat mengenai doa ini, sebab doa makbul tak makbul Allah SWT saja yang tahu.

"Apa
yang saya tengok PAS ini sejak ditubuhan...hanya menang Terengganu,
Kelantan, Kedah. Walaupun dah beratus kali solat hajat dan doa.

"PH
tak perlu bimbang dengan doa pendekkan umur (jangka hayat), sebaliknya
bagaimana dengan kegagalan menangani kos sara hidup dalam tempoh 100
hari itu yang perlu digusarkan," katanya pada sidang media di Kuala
Lumpur, petang semalam.

Pemimpin PAS pada "perhimpunan kesyukuran"
bagi menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (Icerd) di Dataran Merdeka 8 Ogos lalu membaca doa
supaya Allah SWT memendekkan tempoh hayat kerajaan PH.

Kembali ke pangkal jalan
Doa
itu dibaca pada sesi penutup perhimpunan itu oleh Anggota Parlimen
Pasir Puteh, Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh yang diaminkan oleh ribuan
peserta yang hadir.

Nik Zawawi juga berdoa agar pengundi muda yang memberi undi PH sebelum ini supaya "kembali ke pangkal jalan".

Sementara
itu mengulas mengenai proses pendaftaran Parti Pribumi Perkasa (Putra),
Ibrahim berkata sudah tiga bulan permohonan dibuat namun, belum
diluluskan lagi.

Beliau turut menempelak kerajaan PH yang gagal meluluskan penubuhan Putra.

"Waktu
(kerajaan) BN, Bersatu diluluskan dalam masa sebulan saja, kerajaan
baru sudah tiga bulan permohonan tapi belum diluluskan lagi.

"Saya
hendak tengok berapa lama mereka hendak tangguh permohonan ini dan
sebab kerajaan untuk tidak luluskan permohonan," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...