berhubung defisit RM4.1 bilion dialami Tabung Haji (TH) turut mendapat
perhatian Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Melalaui
hantaran di laman sosialnya mufti itu berkata kekuatan umat Islam tidak
memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkannya.
Sebaliknya kata Mohd Asri ia hanya perlu dilakukan pengkhianat yang memakai baju "pembela agama."
"Siapakah
yang menganiayai umat sendiri? Siapakah pula yang bersekongkol dengan
kezaliman sebegini?" tanya Mohd Asri melalui hantaran berkenaan.
Pagi
tadi Mujahid melalui sidang media di parlimen mendedahkan TH melanggar
dua syarat semasa membuat pembayaran hibah (dividen) sejak 2014.
Kata
anggota parlimen Parit Buntar itu, sepatutnya sebelum hibah dibayar
kedudukan aset TH tidak boleh kurang berbanding liabiliti ditanggungnya.
Ia
juga bergantung kepada kadar keuntungan yang diperolehi badan yang
ditubuhkan khusus untuk membantu umat Islam mengerjakan haji itu.
Menurut Mujahid dapatan audit menunjukkan nilai keseluruhan aset TH ialah RM70.3 bilion manakala liabilitinya RM74.4 bilion.
Akaun yang diaudit itu berdasarkan laporan kewangan TH pada 31 Disember 2017.
Mujahid
juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah
pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.
Mohd Asri juga membangkitkan persoalan, siapakah pihak yang bersekongkol untuk membiarkan kezaliman pada TH itu berlangsung.
"Kadangkala
tidak perlu musuh luar untuk memusnahkan kekuatan kita, cukuplah dengan
pengkhianat yang memakai baju pembela agama," katanya.
No comments:
Post a Comment