Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 10, 2018

Jho Low beli piano lutsinar untuk Miranda Kerr @ Pejuang Melayu Islam Terus Membisu Tentang Jho Loe, mengapa?

Jho Low beli piano lutsinar untuk Miranda Kerr - Laporan:

Diterbitkan  | 


   
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang didakwa
menjadi dalang melesapkan berbilion dana 1MDB didakwa membelikan hadiah
piano lutsinar buat model Miranda Kerr.
Pada 2014, Low memesan
sebuah piano untuk Kerr dari syarikat pembuat yang berpengkalan di
Belanda, Crystal Music Company, menurut laporan New York Times (NYT).

Pendedahan ini antara senarai panjang barangan mewah yang dihadiahkan Low kepada model berkenaan.

Pengasas
syarikat pembuat piano berkenaan, Peter Tol enggan membincangkan harga
piano untuk Kerr itu tetapi berkata piano yang ditempah berharga di
antara AS$ 170,000 (RM709,000) dan AS$ 1 juta (RM4.17 juta), kata
laporan itu.

Kerr pernah dilihat bermain di piano di dalam video berjudul: "Miranda Kerr - At Home Secrets with Vogue Living".

Kerr sedia pulangkan piano
Laporan
NYT seterusnya menyebut apabila Tol menghantar piano tersebut, pihaknya
"terkejut" kerana ia akan diletakkan di atas geladak di bahagian luar
kerana tidak muat untuk melalui pintu.

"Saya sangat kecewa... Saya nasihatkan mereka untuk menutup kawasan itu," kata Tol, petik NYT.

Ker
akhirnya menutup kawasan itu dan atas sebab itu jugalah kini kerajaan
Amerika Syarikat (AS) menghadapi masalah untuk membawa keluar piano itu
yang dipercayai dibeli Jho Low menggunakan dana yang diselewengkan
daripada 1MDB.
Peguam kepada model itu telah mengatakan Kerr sedia untuk memulangkan piano tersebut.

Bagaimanapun,
Jabatan Keadilan (DOJ) AS perlu merobohkan tembok di rumah Kerr untuk
membuka ruang tertutup supaya dapat mengeluarkan piano tersebut dari
rumah itu.

Sebelum ini, DOJ telah merampas aset-aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB yang dilesapkan.

"Tembok-tembok
baru ini menjadi masalah bagi kerajaan, yang percaya ia perlu melakukan
perobohan untuk mendapatkan piano itu, menurut dua orang yang tahu
selok-belok penyiasatan tetapi tidak dibenarkan bercakap secara terbuka.

"Kemudian sebuah rumah yang sangat mahal perlu diperbaiki," kata laporan itu.
Loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta
Laporan
itu berkata buat masa ini, piano tersebut tetap diletakkan di bawah
jagaan Kerr. Walau bagaimanapun, Kerr telah memulangkan hadiah lain yang
diterimanya dari Jho Low kepada pihak berkuasa.
Low turut menghadiahkan seutas rantai berlian,
anting-anting, gelang dan cincin bernilai AS$ 1.98 juta semasa dalam
percutian romantis di atas kapal persiaran mewah Equanimity pada bulan
Julai 2014.

Kapal mewah yang juga dipercayai diperoleh
menggunakan dana yang dilesapkan daripada 1MDB, telah dirampas oleh
pihak berkuasa Indonesia dan diserahkan ke Malaysia untuk lelongan.
Low
turut menghadiahkan Kerr loket berlian 11.72 karat berbentuk jantung
dengan ukiran nama model itu, yang bernilai AS$ 1.29 juta dan
anting-anting berlian 11 karat bernilai AS$ 1.05 juta.
Hadiah paling mahalnya kepada Kerr adalah pada bulan November 2014 - berupa loket berlian 8.88 karat bernilai AS$ 4.8 juta.

Kerr telah memulangkan barangan kemas itu kepada DOJ.


1 comment:

  1. Yg membisu mgkin dah arwah...
    Sama dgn mrk yg nak hapuskan TOLol..ptptn..minyak rm1.50..sara hidup yg rendah.....mrk semua sama ada dh bisu atau dh arwah sblm atok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...