Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 12, 2018

Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira

Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira:

Dr Zaharuddin Abd Rahman  | 
Diterbitkan  | 


   
ULASAN | Saya berpandangan agar
tidak tidak wajar berlebihan berpolitik dalam hal Lembaga Tabung Haji
(TH) ini kerana institusi itu menuntut tadbir urus yang professional
lagi kemas, melangkaui kepentingan politik kepartian.

TH adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi suri teladan (role model) di peringkat antarabangsa.

Meletakkan
TH di bawah pemantauan dan seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak
sama sekali patut dilihat negatif, apatah lagi mengaitkannya dengan
sentimen perkauman dan agama.

Atau kononnya untuk melemahkan TH.
Bahkan sebenarnya langkah itu adalah untuk meningkatkan daya saing,
integriti dan ketelusan, malah menguatkan TH.

BNM sudah lama
berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan
sesebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia.

Ia
mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yang memenuhi syarat, malah
pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah setiap bank
juga perlu kelulusan dan tapisan kelayakan oleh BNM.

Justeru BNM
sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh
institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful.

Bertanggungjawab dan profesional
Sangat banyak syarat ketat - tapi perlu - dilaksanakan,. Contohnya memastikan institusi perbankan untuk "maintain high-quality loss-absorbing capital" yang terdiri daripada Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7 peratus daripada keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets.

Ia adalah peningkatan berbanding 2 peratus sebelumnya.

Ini semua penting bagi menjaga kelangsungan sesebuah bank.

Berdasarkan
kenyataan wakil TH, bukanlah keseluruhan agensi itu diletakkan di bawah
BNM seperti bank-bank komersial, sebaliknya hanya untuk sebahagian
aspek penting.

BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar dalam urus tadbir dan audit kewangan (governance and financial audit). Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:

  1. Amalan perniagaan adil, bertanggungjawab dan profesional
  2. Dasar berhemah, pengurus dan penyeliaan risiko
  3. Peralatan untuk pengurusan krisis dan pencegahan
  4. Rangkaian keselamatan kewangan
  5. Pasaran kewangan yang teratur
  6. Patuh syariah
Justeru
tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan orang bukan Muslim ke
atas TH kerana BNM bekerja dengan profesional berdasarkan Akta Bank
Pusat 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi daripada Kementerian
Kewangan dalam melaksanakan tugasnya.

Ia juga melangkaui politik
kepartian. BNM sendiri mempunyai Majlis Penasihat Syariah. TH pula -
sebagaimana dalam Akta Tabung Haji - tidak terikat dengan BNM seperti
bank-bank komersial.

Dikompromi orang politik
Lembaga
Pengarah TH adalah pihak yang mesti menentukan hala tuju dan strategi
terbaru badan itu. Mereka semua beragama Islam. Merekalah juga yang
mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yang
lain, bukannya BNM.

BNM hanya bertindak sebagai auditor bagi sebahagian bidang yang diserahkan oleh TH.

Justeru,
Muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila agensi itu
diletakan di bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:

  • Tiada
    - atau sekurang-kurangkan minimum - isu salah tadbir urus berlaku pada
    masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik
    kepartian
  • Sebarang perubahan polisi tertentu yang menyalahi
    amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat
    dapat dikenal pasti
  • Pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi
    menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH daripada melabur ke tempat
    berisiko tinggi. Sebelum ini aspek berkenaan mungkin telah dikompromikan
    dengan arahan ‘orang politik’.
Kesimpulannya, adalah bagus
TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat
bagi aspek audit dan tadbir urus.

Menurut sumber berautoriti yang
saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung perdana menteri
dan menteri hal ehwal agama, bukannya BNM atau Kementerian Kewangan.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ialah presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), pakar
kewangan Islam dan profesor adjunct Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Unisel. Rencana ini asalnya disiarkan pada akaun Facebook beliau.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...