Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 9, 2018

Majlis kutipan dana PH berjaya raih RM1.67 juta

Majlis kutipan dana PH berjaya raih RM1.67 juta

hariz Mohd  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •   

Pakatan Harapann (PH) berjaya meraih RM1.665 juta untuk dana gabungan
itu menerusi penjualan meja bagi Majlis Makan Amal Pakatan Harapan 2018
malam ini.

Jumlah itu diumumkan Presidennya Dr Wan Azizah Wan
Ismail ketika menyampaikan kata-kata aluan di majlis itu yang diadakan
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutnya, ia merupakan jumlah terkumpul hasil daripada penjualan 156 meja untuk majlis itu.

Beliau
menyampaikan penghargaannya kepada mereka yang menyumbang dan berkata
PH memilih untuk mengadakan acara itu kerana mahu mengakhiri budaya lama
dalam pembiayaan politik.

"Kita mengadakan makan malam amal ini
secara terbuka kepada awam (berbanding) amalan sebelum ini iaitu (pihak
yang menyumbang dana kepada parti politik) mengharapkan balasan atau
laba.

"Ia sudah sebati ibarat duri dalam daging," katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Katanya, dana itu akan memastikan kegiatan parti komponen PH dapat berjalan dengan lancar.

"Semua maklum tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk mengumpul dana secara telus dan berintegriti, terus ke akaun PH.

"Kita mahu memastikan iltizam PH untuk tidak menggunakan dana kerajaan dalam kegiatan politik kepartian dapat dilaksanakan.

Wan
Azizah yang mempengerusikan jawatankuasa majlis itu sebelum ini
mengumumkan PH akan menjual sejumlah 177 meja bagi meraih dana, dengan
harga bermula RM2,000.

Menurutnya, 22 buah 'meja emas' dijual
dengan harga RM7,000 sebuah, 52 'meja perak' berharga RM5,000 sebuah,
dan 71 'meja gangsa' pula RM2,000 sebuah.

Tiga gambar dibida

Selain itu, majlis itu turut menyaksikan sejumlah gambar potret pemimpin utama PH berjaya dibida dengan jumlah yang lumayan.

Pusingan
pertama bidaan mengutip RM110,000 untuk gambar Presiden Bersatu
Muhyiddin Yassin. Ia merupakan bidaan tertinggi untuk malam ini.

Gambar itu dimenangi individu bernama Alex Chen dari Kajang, Selangor.

Gambar
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bersama bapanya Lim Kit Siang
dimenangi seorang warga China yang hanya dikenali sebagai 'Hwang' dengan
bidaan RM100,000.

Gambar Presiden Amanah Mohamad Sabu pula milik individu bernama Salahuddin dari Pahang dengan bidaan RM10,000.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...