Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 9, 2018

PANAS!!! PEDAS Mukhriz Mahathir SINDIR UMNO-PAS ''Mana Pejuang Melayu Bi...


 

Himpunan Icerd bukan ancaman terhadap kerajaan, kata Mukhriz

Bernama  | 
Diterbitkan  | 


   
Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang berlangsung di
ibu negara semalam, tidak menjadi ancaman kepada kerajaan Pakatan
Harapan (PH).

Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata
ini kerana kerajaan mempunyai pendirian yang sama dengan apa yang
diperjuangkan dalam perhimpunan tersebut.

“Anggaran kami lebih
100,000 orang yang hadir dan angka itu tidak menggugat kami kerana
kerajaan ada pendirian yang sama iaitu tetap menolak ratifikasi Icerd.

“Dalam
hal ini kita tidak melihat ia sebagai satu bantahan terhadap kerajaan,
lainlah kalau kerajaan dah menyatakan hasrat untuk meneruskan ratifikasi
Icerd,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Perjuangan
Bersatu Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.

Turut hadir
Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim dan Pengerusi PH negeri
yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Pada 23
Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan
tidak akan meratifikasi Icerd dan akan terus mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial
dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Mukhriz berkata banyak lagi isu dalam negara yang perlu diperjuangkan seperti isu rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Isu
Icerd ni datangnya dari luar negara, sedangkan dalam negara ini banyak
lagi isu yang menjejaskan rakyat perlu diperjuangkan dan ditentang.

“Apabila
ada kerajaan yang tidak berintegriti, malah salah guna kuasa,
penyelewengan..Itulah sebenarnya yang akan mengugat dan menjejas
rakyat,” katanya.

Sementara
itu, ketika berucap di hadapan lebih 500 anggota Bersatu Negeri
Sembilan, Mukhriz berkata walaupun sudah menjadi kerajaan, anggota parti
itu tidak boleh berasa terlalu selesa, sebaliknya perlu terus bekerja
mendekati akar umbi.

“Sekarang ni pembangkang pula dah ambil alih
tugas kita sebelum Pilihan Raya Umum yang lepas, iaitu mendekati rakyat
dan menggunakan macam-macam pendekatan untuk membentuk pemikiran rakyat.

“Maka
berbaliklah kepada cara lama kita dulu, adakan sesi penerangan, turun
berjumpa rakyat dan gunakan media sosial sebagai medan sebenar membentuk
pemikiran rakyat,” katanya.

Mengenai konvensyen ini, Mukhriz
berkata ia sebagai platform untuk mengumpul pendapat anggota Bersatu
dalam menyampaikan hasrat, aspirasi dan teguran membina, untuk dibawa ke
Perhimpunan Agung Bersatu pada 28 hingga 30 Dis ini di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur.

-Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...