berada dalam senarai pemimpin dan wakil rakyat Umno Sabah yang bertindak
meninggalkan parti itu secara beramai-ramai percaya tindakan
rakan-rakannya itu adalah isyarat bahawa ada sesuatu yang masih tidak
kena dengan Umno hari ini.
Malah dalam beberapa hantaran di
Twitter, timbalan ketua Umno bahagian Tuaran itu berkata, hala tuju Umno
masih terumbang ambing dengan banyak isyarat daripada pelbagai pemimpin
atasan yang mengelirukan akar umbi.
“Hala tuju parti masih terumbang-ambing. Banyak isyarat yang datang dari pelbagai pihak atasan mengelirukan akar umbi.
“Sekejap
ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke tengah. Enam bulan berlalu, Umno
masih tidak mampu untuk memberi isyarat yang jelas ke mana halatuju
parti ini mahu dibawa,” ciapnya.
Walaupun
tidak menjelaskan peristiwa dan kejadian mana yang dirujuknya, namun
sejak kebelakangan ini ada pihak yang mendakwa tindakan pemimpin atasan
Umno, khususnya presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang cuba berbaik
dengan pemimpin PAS menimbulkan keresahan di kalangan ahli Umno di
Sabah.
Menuding jari
Sabtulalu, Umno bergandingan dengan PAS bagi menjayakan himpunan membantah
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) di
Kuala Lumpur.
“Dalam konteks Sabah, keunikan politiknya gagal
dibaca oleh Umno pusat pasca PRU14. Tidak ada usaha libat urus atau
engagement yang konsisten dan substantif sejak PRU14.
“Sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, saya tidak terkejut dengan tindakan pemimpin-pemimpin kanan Umno Sabah yang keluar parti.
“Saya tidak salahkan mereka. Itu hak mereka apabila mereka sudah menimbang semua aspek politik Sabah.
“Selepas
ini akan ramai menunding jari, namun tidak ramai yang akan mengaku
bahawa kecelaruan hala tuju Umno adalah salah satu penyebab kenapa
pemimpin Umno Sabah membuat keputusan untuk keluar dari Umno,” katanya.
Umno Sabah lumpuh
UmnoSabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan
perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor
mengumumkan keluar parti.
Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata
semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan
Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.
Tindakan keluar parti
yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan
Adun dan dua senator, kata Hajiji yang juga adalah ketua Umno Tuaran.
Lima
anggota Parlimen itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa
(Sipitang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan
Rahim Bakri (Kudat), katanya.
Selain Hajiji, lapan lagi Adun ialah
Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk),
Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih
(Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).
Dua senator Umno yang keluar parti pula ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.
Umno
bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat,
Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar,
Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan,
Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.
Baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.
No comments:
Post a Comment