Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 9, 2018

Ke mana syukur di himpunan Icerd semalam?

Ke mana syukur di himpunan Icerd semalam?

M Fakhrull Halim  | 
Diterbitkan  | 

 
Himpunan Icerd yang berlangsung semalam sepatutnya berlaku
dalam 'format' penganjur dan peserta menyertainya dengan penuh
kesyukuran.
Memang itulah yang dijanjikan oleh penganjur, Gerakan Pembela Ummah (Ummah), ketika mereka bertegas mahu meneruskan himpunan itu pada hari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd), 23 Nov lalu.

Tetapi,
sepanjang tiga jam himpunan kesyukuran itu berlangsung semalam, yang
kedengaran hanyalah: ancaman, amaran, seruan bangkit, serta doa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipendekkan umur kerana berani cuba membawa Icerd ke parlimen.

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya memberikan amaran agar PH tidak main-main dan mengusik orang Islam.

Presiden
PAS Abdul Hadi Awang pula berpantun mengulang amaran yang pernah
diucapkannya: agar lampu lampu merah jangan dirempuh, dan sarang tebuan
jangan dijolok.

Jika tidak, kata Abdul Hadi, akan buruk dan besarlah padah menanti.

Baru
11 hari lepas, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan
harapan agar himpunan itu dapat meredakan ketegangan kaum, dan bukan
menyemarakkannya.

Ada Melayu mengada-ngada
Tetapi semalam, begitu marak pula penceramah mengingatkan bahawa kaum bukan Melayu di negara ini ibarat beri petis hendak paha.

Malah, ada penceramah mendakwa bahawa yang tertindas di negara ini sebenarnya ialah kaum Melayu.

Mungkin
kerana itulah himpunan tersebut berlangsung canggung sekali apabila
terlalu banyak perkara berbeza ‘memancut-mancut’ dari mulut seorang demi
seorang penceramah.

Adakah himpunan itu mahu bersyukur (seperti
yang sepatutnya berlaku), atau mahu membuktikan tiada penindasan kaum
berlaku di Malaysia?

Atau penganjur mahu menunjukkan sebenarnya orang Melayu yang tertindas?

Atau hendak marahkan bukan Melayu yang ‘mengada-ngada’.

Satu lagi persoalan: adakah penganjur dan peserta hendak marahkan PBB, atau hendak marahkan Waythamoorthy?

Pusat
rujukan dan Pesuratan Melayu (PRPM) mendefinisikan diskriminasi
sebagai; perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna
kulit dan lain-lain).

Jadi, biarpun keistimewaan bumiputera
digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan sekalipun, ia masih tidak
menafikan bahawa diskriminasi ada berlaku di negara ini.

Apa kesan pada hati
Yang
sepatutnya dipancarkan oleh perhimpunan semalam ialah diskriminasi yang
berlaku selama ini sifatnya tidak menindas. Diskriminasi ini berlaku
kerana uniknya Malaysia. 'Diskriminasi' ini boleh diterima oleh semua
kaum.

Format himpunan sepatutnya lebih menjemput agar semua kaum
dapat turun untuk menunjukkan yang mereka menerima diskriminasi unik di
Malaysia ini seadanya.

Perhimpunan semalam ialah peluang keemasan
penganjur membuktikan perkara di atas, tetapi dipunahkan oleh
penceramah yang hilang punca.

Ia kira-kira sama seperti pemidato yang tidak sempat menyiapkan teks ucapan sebelum hari pertandingan.

Akhirnya,
yang dapat dilihat ketara daripada himpunan itu hanyalah dua
percanggahan: kaum bukan Melayu di Malaysia tidak pernah ditindas,
tetapi jika mereka berani mendakwa mereka tertindas, mereka akan
menerima padahnya.

Mungkinkah kerana kecelaruan itu, semangat peserta himpunan kelihatan agak kendur?

Barangkali secara bawah-sedar, mereka turut terkeliru dengan pengisian himpunan kali ini?

Setiap
orang berhak untuk berhimpun dan bersuara, tetapi yang akan diingati
ialah kesan dan bekas dalam hati peserta dan pemerhati.

Himpunan semalam bersurai jam 5 petang - sejam lebih awal dari masa yang dibenarkan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Benarkah himpunan tersebut tamat lebih awal kerana hujan? Atau kerana tumpuan peserta yang sudah tidak terik?


M FAKHRULL HALIM ialah wartawan Malaysiakini.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi portal ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...