Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 7, 2018

Isu makam nabi: Bersangka baiklah dengan DS Najib - Fathul


Exco Agama Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata semua pihak harus bersangka baik dengan kenyataan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung lawatan ke makam Rasulullah di Madinah bulan lalu.
Ia berikutan kenyataan Najib bahawa beliau memasuki makam Rasulullah dan memberikan salam secara terus kepada baginda.
"Isu ini sangat kecil dan tak perlu diperbesarkan. Ia hanya tertumpu kepada penggunaan perkataan yang boleh diberikan tafsiran pelbagai.
"'Dalam makam' apa maksudnya? Tentunya Datuk Seri Najib tak bermaksud masuk dalam kubur nabi SAW. Itu mustahil. Sebaliknya beliau merujuk kepada masuk dalam kawasan makam yakni rumah Aisyah RA yang di dalamnya dikebumikan nabi SAW.
"Isu salam direct atau tidak; perlu diketahui bahawa berdasarkan hadis-hadis nabi SAW, salam ke atas nabi SAW akan sampai kepada baginda secara langsung tanpa perantara," katanya yang memetik hadis berkenaan perkara itu.


 
Justeru katanya dalam soal ini, semua pihak perlu bersangka baik dan tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap perdana menteri.
'Kesilapan manusiawi'
“Kesilapan manusiawi adalah satu hal normal. Moga Allah mengampuni kita semua,” kata Fathul melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.
Najib melalui sebuah video berkata ketika mengerjakan ibadat umrah bulan lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan beliau masuk ke dalam makam Rasulullah.
Najib berkata, beliau diberikan penghormatan istimewa itu untuk berada di pintu hijrah.
Selain itu Najib berkata, jika berada berhadapan makam, boleh memberikan salam terus kepada Rasulullah tanpa melalui malaikat.
“Yang kita biasa ziarah di luar, pintu hijrah. Saya niat di hati satu hari nak masuk pintu itu, Alhamdulillah tuhan makbulkan dapat masuk dalam makam Rasulullah.
“Ada ulama kata kalau di luar kita sampaikan salam pada Rasulullah melalui malaikat tetapi kalau di dalam depan makam, terus direct dengan Rasulullah,” kata Najib.
Isnin lalu seorang ustaz muda Abu Syafiq Al-Asy’ary mempersoalkan kenyataan Najib apabila berhujah makam Nabi Muhammad tidak pernah dimasuki oleh sesiapa sejak tahun 881 hijrah – hampir seribu tahun lalu.
Abu Syafiq ketika dihubungi Malaysiakini berkata tidak patut sekiranya Najib menggunakan makam nabi untuk tujuan politik.
Bangga Najib diberikan keistimewaan
Fathul turut berkata semua pihak harus berbangga dengan Najib kerana diberikan keistimewaan oleh Raja Salman berdasarkan hubungan erat kedua buah negara.
Beliau juga mengingatkan semua pihak yang memfitnah Najib sebagai seorang yang sombong dan takbur supaya beristighfar.
“Urusan hati adalah urusan Allah. Ia bukan kerja kita. Sepatutnya kita berbangga pemimpin no 1 negara kita diberikan keistimewaan tersebut kerana hubungan erat dua negara Malaysia-Saudi dan lebih khusus hubungan peribadi Datuk Seri Najib dan Raja Salman," katanya..
image: https://i.malaysiakini.com/1202/8371361d74177328108aa2cccd06e799.jpeg
Fathul turut berkata walaupun Pilihan Raya Umum akan berlangsung tidak lama lagi, isu itu tidak seharusnya dijadikan senjata untuk mengaibkan orang lain. “Walaupun pilihan raya makin dekat, ia sama sekali tidak menghalalkan kita untuk mengaibkan orang lain apatah lagi menegatifkan hal yang sangat positif. La hau la wa la quwwata illa billah,” katanya.
Pada 8 Januari lalu Najib dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman. Najib ketika mengerjakan ibadah itu sempat memuat naik gambar berada di hadapan pintu makam Rasulullah.
Selain membuat ziarah makam, beliau turut berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411414#owa0wEkFCUbt7D3h.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...