Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 9, 2018

BONGKAR:DEDAH GERAN HAK MILIK TANAH TANAH FELDA @ ORANG GOMEN KENA JAWAB


 

Kesemua Geran Tanah-Tanah FELDA Di Jalan Semarak Masih Hakmilik Pemaju

Saya masih berminat untuk meneruskan siasatan ke atas tanah-tanah
Felda di Jalan Semarak kerana saya percaya penyelesaian yang diumumkan
oleh Tan Sri Shahrir Samad hanyalah satu helah. Jika tanah-tanah ini
terus diserahkan kepada pemaju untuk dimajukan, peneroka-peneroka Felda
dan rakyat keseluruhannya akan kerugian besar.

Saya ingin kembali kepada titik mula isu ini, iaitu:
i. Tan Sri Shahrir Samad mula-mula mendedahkan perkara ini kerana
kata beliau, Felda tidak mahukan projek pembangunan yang melibatkan
pemaju dan hanya mahukan tanah-tanah itu kembali kepada Felda

ii. Selepas isu tanah-tanah Felda diambil tanpa pengetahuan
pengurusan Felda menjadi polemik sehingga hampir sebulan, pada 15
Januari 2018, Tan Sri Shahrir Samad sendiri memanggil sidang media
mengumumkan bahawa tanah-tanah itu telah kembali kepada Felda.

Ekoran dari sidang media 15 Januari 2018 itu, akhbar-akhbar utama melaporkan kononnya “Felda telah dapat kembali hak milik tanah-tanah (di Jalan Semarak)”.
Ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh Barisan Nasional, contohnya Utusan Malaysia:
02 - 08 - felda1
Untuk mengelakkan saya tersalah baca, saya juga menyemak akhbar-akhbar yang dilihat lebih beas, contohnya The Sun:
02 - 08 - felda2
Kedua-dua laporan dengan secara jelas menyebut bahawa Felda telah
mendapat kembali hak milik. Laporan The Sun (yang lebih bebas) dengan
lebih jelas menyebut bahawa “all of the property ownership letters have been registered back under Felda’s name” yang memberi maksud kesemua hak milik tanah itu telah didaftarkan kembali di atas nama Felda.

Saya telah membuat pelbagai siasatan dan telah berjaya mendapatkan
geran hak milik untuk kesemua 16 lot tanah Felda yang dipindahkan kepada
pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd. Semua geran ini diperolehi dengan
menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan
saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu.

Saya tunjukkan geran-geran ini setiap satu persatu seperti berikut:


Saya ingin menunjukkan beberapa persoalan nyata yang perlu dijawab
oleh Tan Sri Shahrir Samad ekoran dari sidang media beliau bertarikh 15
Januari 2018 kononnya Felda telah memperolehi kembali hak milik
tanah-tanah tersebut:

i. Tidak ada satu pun dari tanah-tanah itu yang telah dipindah milik
kembali kepada Felda. Setakat 31 Januari 2018 iaitu seminggu lalu ketika
geran-geran ini diperolehi, kesemua 16 lot tanah masih lagi milik
syarikat pemaju iaitu Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (Lot 390) dan
Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot yang lain)

ii. Apabila Tan Sri Shahrir mengumumkan pada 15 Januari yang lalu
kononnya Felda telah memiliki kembali hak milik, apakah maksud beliau
sedangkan geran-geran hak milik secara jelas menunjukkan ia masih lagi
hak milik pemaju?

iii. Apabila beliau dipetik oleh akhbar The Sun sebagai berkata “semua surat pemilikan tanah telah didaftarkan kembali atas nama Felda”,
surat apa yang dimaksudkan beliau? Satu-satunya instrumen undang-undang
yang diguna pakai adalah geran hak milik yang menunjukkan tidak ada
satu pun geran hak milik didaftarkan atas nama Felda

Lebih tenat lagi, saya ingin mengingatkan Tan Sri Shahrir bahawa
syarat nyata yang dimasukkan bagi geran hak milik tanah-tanah lot 4573,
4574, 9096, 14120 dan 22524 adalah bagi tujuan pejabat Felda sahaja,
seperti yang ditunjukkan oleh geran-geran lot 4573 dan 4574 di bawah
(boleh rujuk setiap geran yang disertakan bersama):

02 - 08 - felda3
02 - 08 - felda4
Maka, apabila pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd mahu membangunkan
menara-menara perniagaan dan kediaman mewah untuk dijual kepada orang
ramai, itu telah pun melanggar syarat-syarat nyata berhubung 5 lot tanah
yang diambil dari Felda itu.

Ini adalah soalan-soalan awal yang saya ingin tanyakan kepada Tan Sri Shahrir Samad agar beliau dapat menerangkan kepada rakyat.

Saya tahu bahwa tujuan sandiwara ini dimainkan adalah untuk
menunjukkan bahawa pengurusan Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Shahrir
Samad tidak terlibat di dalam pelbagai urusniaga yang merugikan peneroka
Felda dan sedang berusaha menyelamatakan Felda. Ini bertujuan
meyakinkan peneroka Felda dan orang Melayu kononnya pelbagai isu yang
dibawakan oleh saya dan pimpinan Pakatan Harapan yang lain adalah tidak
benar.

Hakikatnya tidak ada satu pun lagi tanah-tanah itu yang diumumkan
“telah kembali” kepada Felda yang hak miliknya didaftarkan kembali atas
nama Felda. Jika saya tidak berusaha mendapatkan geran-geran ini, sudah
tentu peneroka akan tidur lena kerana percaya tanah-tanah itu kekal
dalam tangan Felda, sedangkan semua gerak hak milik menunjukkan ia telah
dipindahkan sepenuhnya kepada pemaju dan tidak satu pun yang
dikembalikan.

Saya akan terus menunggu jawapan dari Tan Sri Shahrir dan terus
berdebat dengan beliau melalui media sehinggalah tanah-tanah itu kembali
sepenuhnya kepada Felda, bukannya sandiwara yang dimainkan setakat ini.

RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...