Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 27, 2019

Koroner: Kematian Adib sebab dipukul 2 atau 3 individu tak dikenali

Koroner: Kematian Adib sebab dipukul 2 atau 3 individu tak dikenali: LANGSUNG | Mahkamah Koroner Shah Alam menyampaikan keputusan inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.





News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
LANGSUNG | Mahkamah Koroner di
Shah Alam yang menjalankan inkues berhubung kematian anggota bomba
Muhammad Adib Mohd Kassim, akan menyampaikan keputusannya hari ini.

NGO Ummah akan menganjurkan perhimpunan aman di kompleks mahkamah dan ahli politik daripada PAS dijangka turut hadir.

Malaysiakini melaporkan secara langsung.



Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung Malaysiakini.
Laporan disumbangkan oleh Alyaa Alhadjri, Hariz Mohd, Shakira Buang dan
Fadhli Sulaiman. Azneal Ishak selaku jurugambar dan kemas kini media
sosial oleh Ewe Linq Yenn.

11.15 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Abang
kepada Muhammad Adib Mohd Kassim berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Koroner hari ini yang memutuskan kematian adiknya berpunca daripada
perbuatan jenayah.

Menurut Muhammad Asyraf, ibu dan bapanya telah dimaklumkan berhubung keputusan mahkamah hari ini.

"Setakat ini tidak ada saman sivil akan dikemukakan. Kalau ada nak saman siapa? Soalnya.

"Ibu bapa saya akan datang ke Kuala Lumpur malam ini," katanya lagi.

Sementara
itu tunang Adib, Nurul Najihah, yang terdahulu dilihat berada di
mahkamah, menyiarkan dua kemas kini status di Facebook menyatakan ucapan
terima kasih.

Secara berasingan, peguam keluarga mereka, Syazlin
Mansor turut menyatakan rasa lega dan memanjatkan kesyukuran atas
keputusan itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada saksi
pakar termasuk profesor patologi forensik dari UKM, Dr Shahrom Abd Wahid
yang memberi keterangan bahawa kecederaan Adib tidak konsisten dengan
kemalangan.

Sejumlah kecil orang ramai yang berada di luar kompleks mahkamah bersurai tidak lama kemudian.


11:10 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya
berpuas hati dengan keputusan disampaikan mahkamah koroner hari ini.
Kata Zuraida, pihaknya telah berusaha sedaya upaya bagi menegakkan keadilan buat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Saya di pihak KPKT dan juga bomba seluruh Malaysia mengucapkan syukur dengan keputusan hari ini.

“Kami
juga puas hati kerana telah menggunakan segala saluran yang boleh kita
gunakan termasuk meminta agar inkues diadakan," katanya.


11:00 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Ketua
Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman yang turut
hadir bagi mendengar keputusan hari ini dilihat sebak dan menitiskan air
mata.
Syed Sharil (gambar atas kanan) merupakan saksi ke-18 inkues berkenaan.

Bagaimanapun Syed Shahril ketika ditemui media enggan mengulas lanjut berhubung keputusan itu.

Turut dilihat bercakap kepada media ialah ketua Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahya.

10.35 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Ahli
Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mengetuai orang ramai melaungkan
"Undur Zuraida" ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu
bercakap kepada pemberita berhubung keputusan inkues kematian
Allahyarham Adib.
Lokman juga menuntut Zuraida meletak jawatan.

Orang ramai yang hadir turut melaungkan "Tangkap Pembunuh!".


10.30 pagi - Mahkamah Koroner: Suasana
gembira dan terharu menyelubungi ruang mahkamah apabila koroner Rofiah
Mohamad menyampaikan keputusannya bahawa kematian anggota bomba Muhammad
Adib Mohd Kassim adalah akibat daripada perbuatan jenayah.

Seseorang dari galeri awam di mahkamah juga didengar berkata "Yes Alhamdulillah" sebaik sahaja keputusan mahkamah diumumkan.

Beberapa individu yang lain, termasuk peguam yang mewakili keluarga mangsa, juga dilihat berpelukan antara satu sama lain.


10.25 pagi - Mahkamah Koroner:  Koroner
Rofiah Mohamad berkata, mahkamah kini menyerahkan kepada polis dan
peguam negara untuk menjalankan siasatan dan untuk melakukan pendakwaan.

10:20 pagi- Jalan Persiaran Pegawai: Anggota
parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari mengulangi gesaan agar Peguam Negara
Tommy Thomas dipecat'berikutan keputusan inkues bahawa kematian Adib
adalah akibat daripada perbuatan jenayah.


Beliau juga menyeru tuduhan jenayah dikenakan terhadap individu yang didakwa bertanggungjawab atas kematian Adib.

Timbalan Ketua Pemuda PAS itu turut mengucapkan terima kasih berhubung keputusan itu.

Sementara itu abang dan tunang arwah Adib dijangka akan bertemu pemberita dalam waktu terdekat.


10.12 pagi- Mahkamah Koroner:
Mahkamah memutuskan kematian ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bukan
perbuatan sendiri tetapi akibat daripada perbuatan jenayah serta
kegagalan polis untuk bertindak pantas pada masa kejadian.
Ketika
menyampaikan keputusannya, Koroner Rofiah Mohamad  berkata mahkamah
membuat kesimpulan dua hingga tiga indvidu tidak dikenali telah
mengheret mangsa keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
(EMRS) jabatan bomba, menarik dan menghentak arwah.

"Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.

"Keterangan
jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran sebelum arwah
terlibat. Anggota bomba juga telah diancam perusuh yang tak mahu
kebakaran dipadam.

"Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba. Adalah amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba dan tak melakukan apa-apa.

"(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing," jelasnya.


Kesatuan Pekerja Bomba harap keputusan berpihak pada arwah Adib
9.55 pagi: Jalan Persiaran Pegawai : Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mendengar keputusan mahkamah koroner.

Presidennya, Zainal Abidin Nong Chik yang ditemui di luar perkarangan mahkamah berharap keputusan berpihak kepada arwah Adib.

“Kami
bukan behimpun, tetapi beri sokongan buat (arwah) Adib dan seluruh
warga bomba dan penyelamat Malaysia di atas tanggungjawab sebagai
pasukan penyelamat.

“Saya harap keputusan apa juga yang kita akan
terima berpihak pada kita. Dan saya amat berharap keluarga Adib terus
tabah hadapi dugaan,” katanya kepada pemberita.


9.40 pagi- mahkamah koroner: Koroner Rofiah Mohamad memasuki mahkamah.
DPP yang menjalankan inkues, Faten Hadni memperkenalkan peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak dalam prosiding inkues itu.


9.30 pagi: Mahkamah Koroner: Mahkamah mula bersidang.

9.25 pagi - Jalan Persiaran Pegawai: Sekumpulan
kira-kira 10 orang yang mewakili Gagasan Rakyat Malaysia 7 (Geras 7)
menggesa agar Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan.



Presiden
Geras 7, Abu Bakar Mohamed (gambar) membuat gesaan itu berikutan
kegagalan Thomas untuk memberikan keadilan terhadap kematian arwah Adib.

“Kita
dah ada pakar bedah siasat, kita dah ada pakar forensik. Jadi, inkues
ini untuk apa? Tidak ada tujuan pun," katanya yang juga bekas ketua
polis daerah Bukit Raja, Klang Utara.

“Jadi, walau apa pun yang
berlaku hari ini kita desak Tommy Thomas letak jawatan, kita juga desak
kerajaan dan pembangkang jangan main sentimen agama dan perkauman.

“Sebab
kita tak nak negara kita jadi huru-hara, kita tak nak negara kita jadi
macam Syria yang menjadi barua kepada kuasa besar Barat,” katanya yang
menyifatkan inkues itu untuk melengahkan keadilan terhadap arwah Adib.


9.25 pagi - Mahkamah Koroner: Seorang
pegawai mahkamah memberitahu anggota media bahawa pengarah Kompleks
Mahkamah Shah Alam telah mengeluarkan perintah bahawa tiada sidang
akhbar boleh dijalankan di kawasan itu hari ini.
Pegawai itu mengatakan arahan tersebut dikeluarkan atas sebab keselamatan dan meminta pihak media memberikan kerjasama.


8.55 pagi- Mahkamah Koroner: Galeri awam dipenuhi keluarga Adib, pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangan media.
Peguam
yang mewakili keluarga Adib, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, dan DPP yang menjalankan inkues juga telah tiba dan bersedia
menunggu keputusan inkues hari ini.

Kawalan keselamatan juga diperketatkan di mahkamah di mana pihak polis menyediakan dua kaunter bagi pemeriksaan keselamatan.

Pasukan
polis juga dilihat mengawasi pintu masuk utama kompleks mahkamah,
sementara anggota polis berpakaian preman diletakkan di sekitar kawasan
itu.


Keadaan kelihatan tenang
8.50 pagi - Kompleks Mahkamah Shah Alam: Keadaan tenang ketika media menanti ketibaan ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Polis dan anggota dari pasukan Light Strike Force bersiap sedia di luar pagar mahkamah.

Kelihatan memasuki lobi mahkamah adalah pegawai dan rakan-rakan Adib dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut
kelihatan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusof Azmi
yang berkata dia hadir untuk memerhatikan prosiding hari ini.

Di
luar kompleks mahkamah sepanduk digantung menggesa keadilan untuk arwah
Adib dan juga menuntut peletakan jawatan peguam negara, Tommy Thomas.

30 saksi dipanggil sepanjang inkues 41 hari 
Mahkamah
Koroner di Shah Alam menutup prosiding inkues kematian Adib pada 24
Julai lalu selepas 30 saksi dipanggil sepanjang 41 hari pendengaran.
Adib
meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis 2018,
selepas mengalami kecederaan semasa rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha
Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelum itu.

Inkues itu diadakan selepas dua versi bercanggah mengenai sebab kematiannya.

Satu versi mendakwa Adib dilanggar oleh kenderaan, manakala satu lagi versi mendakwa allahyarham dipukul oleh perusuh.

Semasa
inkues dijalankan, mahkamah mendengar keterangan daripada pakar sama
ada kecederaan Adib disebabkan dipukul, atau akibat dilanggar kenderaan.



Pakar-pakar juga memberi pendapat berbeza sama ada Adib
mungkin cedera akibat dilanggar oleh van Unit Bantuan Perkhidmatan
Kecemasan (EMRS).
Selain pakar, mahkamah turut mendengar keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

Walaupun
inkues ini ditubuhkan untuk menentukan punca kematian dan mereka yang
terlibat dalam kejadian itu, majistret yang bertanggungjawab tidak boleh
membuat penemuan sama ada sesiapa bertanggungjawab melakukan jenayah
berhubung kematian itu.

Jabatan Peguam Negara akan membuat keputusan berdasarkan penemuan mahkamah koroner.



 



   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...