Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, June 11, 2018

Ucapan~ Tun Dr Mahathir Mohamad Pada Persidangan Antarabangsa NIKKEI ke ...


 


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei) ke-24 hari ini. - Foto BERNAMA

Sedia berkhidmat selagi diperlukan - PM

TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
"Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan," katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun lagi beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24, hari ini, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi Perdana Menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
"Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka," katanya
Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk meraih kemenangan yang menakjubkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003. Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. - BERNAMA


Malaysia akan mempunyai kereta nasional baharu

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...