Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, June 10, 2018

Najib arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN

Najib arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN: EKSKLUSIF | Bekas PM didakwa anugerah projek hibrid solar di Sarawak itu pada Januari 2017.



Norman Goh & Geraldine Tong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


 
EKSKLUSIF |  Bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian
Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak secara terus dengan
melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369 buah sekolah
luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.


Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.


Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25
bilion di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian
pendidikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik
tempatan.


Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan dimiliki oleh
ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di
Sarawak.


Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian
Pendidikan kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.


Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.


"Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga elektrik ke
sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada
syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah
mengutip wang dari kerajaan.


"Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada satu perkara
yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi seperti
ini," katanya.


Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu ini.


Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak itu pada
Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar dan
membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.


Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota
mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk
menyediakan surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung
kepada syarikat itu.


Pengecualian prosedur standard


Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua
setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak
RM130 juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai
RM1.25 bilion.


Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk Seri
Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari
prosedur perolehan projek itu.


Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha bahagian
perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada
prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.


Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Aset
Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat untuk
menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat
pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.


Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...