Kisah Wan Azizah menangis merayu pada PM terbongkar !!!
Pendedahan
Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor tentang cubaan bekas mentornya, Datuk
Seri Anwar Ibrahim berusaha masuk semula UMNO selepas dibebaskan dari
penjara Sungai Buloh, tentunya berita yang tidak mengembirakan Ketua
Umum PKR buat masa sekarang.
Tentunya
pendedahan sebegini dari bekas anak didik politiknya sendiri akan
memancarkan sikap pengamalan politik negatif Anwar, iaitu politik
menghalalkan cara, politik dua alam yakni depan lain, belakang lain.
Di
satu pihak, Anwar memberitahu para penyokongnya supaya berkerja keras
mengadu domba membenci UMNO untuk masuk ke Putrajaya, tetapi di satu
pihak lain, Anwar memberitahu inner circlenya untuk menyusun strategi
bagi membolehkannya memasuki UMNO untuk menawan Putrajaya.
Ezam
dalam ceramah TIBAI di Taman Pinggiran, Gombak, 10 Mei mendedahkan
Anwar kini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana
Menteri (PM).
Masuk UMNO
Kemudian
dalam ceramah TIBAI di Kampung Pasir Tambahan, Ampang, Selangor, 12
Mei, Ezam terus mengasak Anwar dengan mendedahkan Ketua Umum PKR itu
pernah merayu kepada bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya
masuk ke dalam UMNO semula.
Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM.
Katanya,
tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas PM tersebut adalah usaha
terakhirnya untuk menggagalkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus
memegang tampuk kerajaan di negara ini.
“Saya
ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu
Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan
kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri
Najib.
“Kenapa
beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu PM kita cerdik, cekap dan antara
pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam
kerajaan,” katanya.
Dalam
pendedahan itu, Ezam juga turut mendedahkan, pernah membawa seorang
rakan ulama Pak Lah dari Pesantren Sunan Drajat, Surabaya, Indonesia
bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat
tertinggi dalam UMNO.
“Saya
juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk
memujuk kiyai berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang
ketika itu kediaman Pak Lah.
“Anwar
memujuk kiyai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat
satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah,
tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiyai
terbabit,” katanya.
Azizah Jadi Saksi
Untuk mengukuhkan dakwaannya, Ezam menjadikan isteri Anwar sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai saksi utama.
Katanya,
beliau bersama Azizah telah pergi bertemu sendiri dengan Pak Lah di
pejabat PM suatu ketika dahulu bagi menyatakan hasrat yang sama.
“Saya yang membawa Wan Azizah dan tiga anaknya ‘panjat’ pejabat PM itu. Ketika itu, Anwar masih di dalam penjara dan pada waktu itu juga Abdullah baru menjadi PM.
“Wan Azizah ketika itu merayu sampai menitiskan air mata.
Anda boleh tanya Wan Azizah perkara ini betul atau tidak, kalau dia
kata bohong, saya sanggup sumpah di mana-mana sahaja masjid atau surau,”
katanya.
Dari pendedahan Ezam di atas, terdapat tiga episod peristiwa yang berlainan tarikh tetapi mempunyai matlamat yang sama.
Pertama; episod Ezam dan Azizah jumpa Pak Lah, ketika Anwar masih dalam penjara Sungai Buloh.
Kedua;
episod Ezam bersama Anwar memujuk seorang kiyai dari Surabaya untuk
menjadi orang perantara dengan Pak Lah untuk membawa masuk Anwar ke
dalam UMNO.
Kejadian
itu berlaku, ketika Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan
Najib baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Ketiga;
episod Anwar bersama Azizah jumpa Pak Lah merayu untuk bawa masuk UMNO
semula bagi menyekat pengaruh Najib dari terus menjadi PM.
Kejadian itu berlaku seminggu sebelum Pak Lah meletakkan jawatan sebagai PM dan Najib bakal menggantikannya.
Sudah tentu, ketiga-tiga episod di atas mempunyai maknanya yang tersendiri.
Anwar Jumpa Pak Lah Di Hulu Langat
Pada
11 Mac 2009, portal Malaysiakini melaporkan Anwar jumpa Pak Lah di
Madrasah Nurul Iman, kepunyaan Syeikh Mahmud al-Majzub, Hulu Langat
selama 20 minit.
“Dalam
pertemuan tertutup itu, Anwar membangkitkan kemampuan Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Abdullah,” lapor
Malaysiakini.
Anwar ketika itu begitu ghairah dengan pertemuan itu yang dilihat sebagai satu usaha terancang mahu menghebahkannya kepada umum.
“Terlalu
banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.
“Saya
dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di
Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!..Sebaik menghampiri kawasan
madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba.
“Kami
dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur,
kami berlepas ka Parlimen,” tulis Anwar di laman peribadinya,
anwaribrahimblog.
Malah,
ketika di Parlimen ketika itu, wartawan pernah melaporkan, Anwar begitu
ghairah untuk memberitahu mereka tentang pertemuan itu walaupun soalan
itu tidak pernah ditanya.
Sumber: AIDC
Sumber: AIDC
No comments:
Post a Comment