Ops Sulu: kenapa guna Polis bukan Tentera? ..penyokong kerajaan jangan gelabah!
Krisis Lahad Datu:
Persoalan kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.
2) juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengisytihar perang kepada kita.
3) dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna;
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataan untuk Polis ialah menahan bukan menawan - menawan ialah perkataan Tentera, ada beza di antara keduanya)
3) untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
4) boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on Terror mereka. Kita kenalah buatlah macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan. Dengar cerita darurat telah diisytiharkan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan penerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir ew Orleans dahulu (Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dengan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan Local Area sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya saja. Nampak hati-hati dan telitinya kerajaan Malaysia dalam hal ini. Menurut langkah satu persatu.
*Nota tambahan. Ingat kes Al Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah Tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e: bunuh polis di Sabah tu). Beliau dituduh sebagai combatant perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagipun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang alik (serupa dengan kes Lahad Datu, golongan yang tidak mempunyai sempadan.
Hatta Mekah pun pernah dicerobohi oleh buka Islam (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa walau secanggih manapun pertahanan dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawal bukan kapal selam tapi Malaikat kot)
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terima Kasih. <-- nash="" villie="">-->
No comments:
Post a Comment