Telor Nuar Kena 'TIBAI'
TIBAI Cabar Anwar Saman Reuters, Perisikan Filipina
KUALA LUMPUR 3 Mac
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita asing Reuters
dan perisikan Filipina yang menuduh beliau sebagai dalang di sebalik
pencerobohan tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu.
Mursyidul Am
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip
berkata, keputusan Anwar yang hanya mahu mengemukakan saman terhadap
akhbar Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 yang memetik laporan
Reuters itu sebagai tindakan seorang pengecut.
"Perkara
tersebut didedahkan oleh perisikan di Manila dan dilaporkan oleh
Reuters. (Jadi) Saya cabar dia saman Reuters dan perisikan Manila,"
katanya kepada Utusan Online hari ini.
Muhammad Zahid turut mencabar Anwar menjawab soalan-soalan berikut:
- Apakah tujuan sebenar beliau bertemu dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari?
- Adakah Anwar ingin memburukkan hubungan di antara Kuala Lumpur dan Manila?
- Adakah Anwar ingin menjejaskan usaha Malaysia dalam membantu menangani masalah Bangsamoro?
"Saya pasti pertemuan tersebut bukan pertemuan antara dua orang sahabat tetapi lebih dari itu," katanya.
Sementara itu,
salah seorang peguam Anwar, N. Surendran ketika dihubungi mengesahkan
bahawa tindakan saman akan diambil ke atas Utusan Malaysia yang didakwa
telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, tidak berasas dan boleh
menggugat keselamatan negara.
Tambahnya,
tindakan serupa juga akan diambil terhadap mana-mana media yang
mengeluarkan kenyataan fitnah ke atas Ketua Pembangkang itu.
Bagaimanapun,
ketika ditanya sama ada tindakan serupa akan diambil ke atas Reuters,
Surendan hanya menjawab: "We'll see (Kita akan tengok dulu)". [SUMBER]
No comments:
Post a Comment