Lahad Datu Terkini - 'Pengganas didukung kuasa asing' ?
Benarkah Ini Istana Sultan Sulu?
Gambar yang sedang tersebar di twitter.Jika benar ini istana Sultan Sulu, di manakah Sultan Sulu mendapat sumber kewangan untuk membiayai satu operasi ketenteraan untuk serang Lahad Datu?
Adakah mana-mana pihak yang menaja Sultan Sulu untuk menggunakan 'tentera MNLF' yang diketuai oleh Nur Misuari untuk serang Sabah?
MyMassa harap Kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini.
Bekas
 Panglima Markas Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohamad Said 
yakin kumpulan pengganas asing yang menceroboh Sabah didukung kuasa 
asing yang mempunyai niat menghuru-harakan negara bagi kepentingan 
tertentu.
Beliau yang digelar Panglima Sauk susulan kejayaan menumpaskan kumpulan 
Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 2000, berkata berdasarkan 
pengalamannya selama 26 tahun dalam pasukan gerak khas Angkatan Tentera 
Malaysia (ATM), kumpulan penceroboh itu memang dilatih dan diberi 
perlindungan oleh kuasa luar.
Zaini berkata, sejak kes pencerobohan di Lahad Datu pada awal Februari 
itu, terlalu banyak petunjuk yang menjurus kepada campur tangan pihak 
tertentu.
“Fikirkan
 secara logik, kenapa berlaku sekarang ketika Malaysia bersiap 
menghadapi pilihan raya. Kenapa mereka tidak melakukannya sebelum ini 
atau selepas pilihan raya. Kedua, dari mana mereka dapat sumber cukup 
banyak untuk masuk ke Sabah.
“Saya cukup kenal mereka (kumpulan pengganas), tapi jangan tanya 
bagaimana saya kenal. Secara asasnya, mereka cukup miskin, hidup pun 
susah. Bagaimana nak tanggung kos sewa atau beli bot laju angkut lebih 
200 orang ke perairan negara,” katanya.
Beliau yang menyampaikan ceramah umum ‘Campur Tangan Asing: Ancaman 
Keselamatan Negara’ di Bandar Baru Bangi, malam tadi, berkata usaha 
untuk menggulingkan kerajaan termasuk di Malaysia memang sudah lama 
berlaku dan ketika ini, gerakan itu banyak berselindung di sebalik 
gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibiaya dana asing.
Bahkan, baru-baru ini, Zaini mengaku, beliau sendiri menerima risalah 
daripada NGO tertentu yang memberikan panduan bagaimana menjatuhkan 
kerajaan dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.
“Saya sendiri dilatih di Amerika Syarikat pada 1970-an dalam bidang 
perang gerila, sabotaj dan letupan. Pergerakan mereka (kumpulan 
pengganas) memang menyamai corak latihan ala-Amerika, mahir taktik 
gerila dan susah nak lawan,” katanya.
 

 


 
 

No comments:
Post a Comment