Insiden Lahad Datu: (Eksklusif) "Penasihat Sultan Sulu" Jawab Fitnah Pembangkang
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.
Izinkan saya
 menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan 
Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau 
dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang 
dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu 
yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North 
Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. 
Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk 
menubuhkan North Borneo Company.
Malangnya, 
bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit
 menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk 
melindungi mereka.
Sekitar 
tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan 
Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri 
kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di 
Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di 
Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang 
bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia 
dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu
 Restu Sabah Sertai Malaysia".
Ini bererti 
Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara 
yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. 
Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa 
orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu 
yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk 
menceroboh Sabah.
Saya akui,
 saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan 
Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau 
sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung 
kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan 
tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan 
pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri 
Syed Hamid Albar.
Ketika 
pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 
menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri 
Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. 
Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 
saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak
 pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. 
 Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan 
bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik
 Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar
 beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket 
dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba 
menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur 
Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, 
pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera 
sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.
4hb Mac, 2013
semoga pencerahan ini dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia. Jangan sesekali tertipu dengan tuduhan bodoh pembangkang yang sedang mencedok di air yang keroh dalam insiden pencerobohan di sabah.
 

 
 
 

No comments:
Post a Comment