Kedutaan Malaysia Ditutup Ekoran Bantahan Warga Filipina
Kedutaan negara di Manila ditutup jam 7
pagi tadi, sebaik sahaja serangan keatas penceroboh warga Filipina yang
mendakwa diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu, lapor
menerusi saluran berita ABS-CBN dilaman rasmi mereka.
Kumpulan tersebut dilapor membakar gambar besar Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang berjabat tangan, lapor oleh Radio DZMM dalam laman ABS-CBNnews.com yang turut memaparkan klip video pendek didalam laman mereka.
Saluran radio tersebut berkata bantahan tersebut berpunca ketakpuashatian ke atas kerajaan Filipina kerana tidak mengambil pendirian dalam membuat tuntutan ke atas Sabah.
Bantahan jalanan tersebut berakhir selepas sejam setengah.
Dalam perkembangan terkini, pasukan keselamatan Malaysia yang terdiri daripada unit tentera udara, tentera darat dan pasukan polis telah melancarkan operasi serangan keatas tempat pesembunyian penceroboh dan ia disahkan oleh Najib sendiri dalam ucapannya ketika perhimpunan Ulama, Umara dan Asnaf hari ini.
The Star Online melaporkan bahawa peperangan bermula antara militan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan awal pagi ini. Tembakan telah didengar dan jet pejuang telah dilihat mengelilingi sekitar ladang Felda Sahabat. Letupan didengar selama 40 minit di Kampung Tanduo, lapor akhbar tersebut.
Sekumpulan 200 lelaki bersenjata, yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu, telah menceroboh pada 9 Februari lalu bagi metuntutan Sabah.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata semalam tujuh lagi batalion telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu, dengan lima di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.
- Ida Lim / The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kedutaan-malaysia-ditutup-ekoran-bantahan-warga-filipina/
No comments:
Post a Comment