Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 9, 2013

JAKIM BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM


Dalam usaha memberi penerangan dan kefahaman berkaitan isu kalimah Allah, Bahagian Dakwah Jakim telah menganjurkan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam yang berjudul Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad ar-Rasyid dari
Bahagian Penyelidikan Jakim pada 15 Januari 2010 di Bilik Mesyuarat Utama Jakim. Menurut Ustaz Rashidy, sebahagian ulama’ seperti Syeikh Fauzi al-Zafzaf, bekas Timbalan Reaktor Al-Azhar mengemukakan pendapat tentang keharusan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam. Namun kebanyakan ulama’ menyatakan tidak harus digunakan berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia. Antara sebab ketidakharusan atau haram menggunakan lafaz Allah bagi bukan Islam dalam konteks Malaysia ialah, lafaz Allah jelas menunjukkan maksud dan mafhum yang berbeza antara Islam dan bukan Islam; konsep tauhid wujud dalam Islam sahaja, sedangkan mereka seperti ahli kitab di kalangan Nasrani dan Yahudi menganggap tuhan tidak esa. Selain itu, mengikut konteks Malaysia, umum mengetahui penggunaan Allah untuk umat Islam sahaja. Walaupun penggunaan nama Allah dinyatakan dalam al-Quran oleh musyrikin dan ahli kitab, namun mempunyai maksud lain daripada akidah Islamiah. Jika diberi keizinan sudah pasti ia akan menimbulkan perpecahan dan pertikaian justeru kaedah sa’d al-zara‘i boleh digunakan bagi menyekat penggunaannya oleh bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...