ANWAR SUDAH HANCOR ! GAME POLITIKNYA BACKFIRE !
Dia mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.
KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1.
Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya.
Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik
makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2.
Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan
bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya
akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala
keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya
lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3.
Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan
berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang
saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4.
Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak,
jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam
mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5.
Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap
benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.
6.
Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali
pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi
mangsa.
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.
9.
Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh
dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban,
marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.
Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
KENYATAAN KELUARGA SAIFUL Keluarga Saiful Bukhari
memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas
mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.
Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa
pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak
dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti
keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang
merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini
melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua
adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar
Ibrahim seperti berikut:
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya
Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak
bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada
Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat
yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata
Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat
Taman Melati, Gombak, pagi ini.Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd
Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk
memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami
masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu'
dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai
masalah.
Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim
mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat
kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.
Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat
meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar
bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful
Azlan lakukan.
Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah
keluarga sendiri.Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa
bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar
Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.
Dia mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan
keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan
kau sekali" dan beliau terus keluar.
Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.
No comments:
Post a Comment