Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, November 25, 2018

Arah pinda laporan audit 1MDB, PAC mahu panggil Najib, Arul Kanda

Arah pinda laporan audit 1MDB, PAC mahu panggil Najib, Arul Kanda:

Nama-nama lain yang disebut dalam kenyataan ketua audit negara - antaranya Ali Hamsa dan bekas ketua setiausaha sulit Najib - akan diputuskan kemudian, kata pengerusinya.

Zikri Kamarulzaman  | 
Diterbitkan  | 


   
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merancang untuk memanggil
bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Presiden 1MDB Arul Kanda
Kandasamy untuk membantu siasatan mereka terhadap laporan audit 1MDB
oleh Jabatan Audit Negara.

Pengerusinya Ronald Kiandee berkata,
pihaknya bagaimanapun akan terlebih dulu mengambil keterangan Ketua
Audit Negara Madinah Mohamad pada 4 Disember, dan bekas Ketua Audit
Negara Ambrin Buang pada 5 Disember ini.

"Nama-nama lain yang
disebut dalam kenyataan Madinah (berkenaan laporan akhir audit telah
dipinda) akan diputuskan kemudian," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh pula mengesahkan Najib dan Arul Kanda memang ada dalam "senarai awal saksi" siasatan PAC.

Hari ini, Madinah mendedahkan Najib, Arul Kanda da beberapa individu lagi terlibat dalam dakwaan meminda dan mengugurkan bahagian tertentu dalam laporan audit 1MDB pada 2016.

Antara
nama yang disebut Madinah adalah Ambrin, bekas Ketua Setiausaha Negara
Dr Ali Hamsa dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Shukry salleh.

Menurut
Madinah, antara perkara yang dipinda adalah berkenaan kehadiran Jho Low
dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB serta penyata kewangan syarikat
itu untuk 2014.

Setakat ini, siasatan PAC terhadap 1MDB terhad
kepada laporan audit tersebut, memandangkan aspek lain dalam skandal itu
sudah pun dibawa ke mahkamah.

Pindaan
terhadap laporan audit ini didedahkan oleh Timbalan Pengerusi PAC Wong
Kah Woh pada 29 Oktober lalu. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan
secara terperinci, sebaliknya hanya mengatakan "kandungan yang hilang
itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu".

Keesokannya, Ambrin menafikan dakwaan itu dan berkata tidak tahu apa yang dimaksudkan Wong.

 

Madinah: Najib juga arah sendiri laporan audit 1MDB dipinda

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho,
pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap
laporan audit 1MDB, kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.

Ia
termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang
diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Madinah
berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016,
yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas
ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua
audit negara Ambrin Buang.

"Bekas perdana menteri telah
mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata
kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan
dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pada 23 Februari (keesokannya),
dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali,
Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah
mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya dalam
kenyataan, hari ini.



Sejak
mesyuarat 22 Februari itu, kata Madinah lagi, empat pindaan lagi dibuat
termasuk bahagian yang menyebut kehadiran Jho Low dalam salah satu
mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
"...Atas alasan ia sensitif dan untuk mengelakkan fakta diputar-belit pembangkang (pada masa itu)," katanya.

Selain
bahagian berkenaan penyata kewangan 2014 dan Jho Low, Madinah
bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci bahagian lain yang
dipinda atau digugurkan daripada laporan itu.

Selepas lima pindaan
itu, Madinah berkata barulah naskhah laporan dicetak ppada 3 Mac 2016
dan diserahkan kepada bekas setiausaha sulit kanan ketua setiausaha
negara.

"Pada 4 dan 7 Mac 2016, bekas ketua audit negara
membentangkan laporan akhir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam
Negara (PAC).

"Laporan akhir audit 1MDB sebelum pindaan telah
diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018," katanya
lagi.

Pindaan terhadap laporan audit ini didedahkan
oleh Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh pada 29 Oktober lalu. Beliau
bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci, sebaliknya hanya
mengatakan "kandungan yang hilang itu akan menjejaskan imej pentadbiran
lalu".

Keesokannya, Ambrin menafikan dakwaan itu dan berkata tidak tahu apa yang dimaksudkan Wong.

Dua hari lalu, laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber menamakan Najib sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan pindaan itu

Menurut
laporan itu, sumebr itu mendakwa ia dibuat dalam mesyuarat di pejabat
perdana menteri dan mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitannya dan
Jho Low dalam 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...