telah ditahan bawah ISA & kemudian hidup dalam buangan di UK selama 5
tahun. Pada 2013 Najib panggil dia balik & UMNO lantik Waytha
sebagai Senator & Timbalan Menteri di JPM. Kes sudah ditutup UMNO.
Kenapa ungkitkan semula? UMNO dah takde modal baru? Kenapa UMNO lantik
pengkhianat sbg Senator & Timbalan Menteri yer?
Pemuda Umno: Papagomo sudah, Waytha Moorthy bila lagi?: Pemimpin Pemuda Umno bangkit bela pemblog yang ditahan polis kerana memuat naik video berunsur hasutan.
Ketua
Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki misalnya mempersoalkan kebijakan
kerajaan menahan Papagomo tetapi pada masa sama membiarkan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy bebas.
Kata Asyraf Wajdi
kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti menegakkan prinsip kedaulatan
undang-undang dengan bertindak secara saksama.
“Papagomo ditahan selepas polis menerima 17 laporan ke atasnya.
"Bila pula nak tahan Waytha Moorthy yang menerima lebih 150 laporan polis?" katanya seperti dipetik portal Umno online hari ini.
Papagomo
- atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris - ditahan polis
selepas memuat naik video berunsur hasutan di laman sosial.
Dia yang terkenal sebagai pemblog dikatakan cuba menaikkan sentimen orang ramai dan tindakan menahannya, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun, diambil sebagai langkah mengelak masalah lain timbul.
Isu
itu timbul berikutan kemelut sebuah kuil Sri Maha Mariamman di Subang
Jaya yang turut menyaksikan berlaku rusuhan serta kecederaan anggota
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kata Asyraf Wajdi seorang
lagi pemimpin PH yang perlu diambil tindakan seperti Papagomo ialah exco
Selangor V Ganabatirau yang didakwanya mengapi-apikan sentimen
perkauman.
Malah katanya Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning itu juga sudah diadukan kepada polis.
“Sesiapa
saja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara
membelakangi prinsip perundangan dan perlembagaan wajar disiasat secara
adil tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka,” katanya yang
sebelum BN kalah kepada PH pernah menjadi timbalan menteri.
Exco
Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamaruddin, pula menganggap Papagomo tidak
wajar ditahan kerana dia cuma menyeru kepada penyatuan umah.
“Tetapi malang sekali seruan itu dianggap sebagai menghasut kepada perkauman,” katanya.
Menurut
Shahrul Nasrun tindakan pihak berkuasa membiarkan Waytha Moorthy bebas
menunjukkan ada pihak yang berada di atas undang-undang.
“Kononnya no body above the law (tiada sesiap mengatasi undang-undang), tapi rupanya Waytha Moorthy above the law (di atas undang-undang). Belum ditahan walaupun ada beratus laporan polis,” katanya.
No comments:
Post a Comment