Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, November 25, 2018

Utusan: Najib pengkhianat negara jika ubah laporan 1MDB

Utusan: Najib pengkhianat negara jika ubah laporan 1MDB: Mereka yang terlibat mencalar dan menconteng arang kepada imej perkhidmatan awam, kata lidah pengarang akhbar milik Umno itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Bekas perdana menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai
pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula
laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia
hari ini berkata mereka yang terlibat jika benar-benar berlaku telah
melakukan pengkhianatan tertinggi yang mencalar wibawa perkhidmatan
awam.

“Bagi Awang, sekiranya ia benar-benar berlaku, ini merupakan
satu pengkhianatan tertinggi ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan
oleh rakyat kepada Najib dan para penjawat awam.

“Lebih-lebih lagi
sebagai penjawat awam yang termaktub dengan sumpah dan janji
perkhidmatan, mereka yang terlibat telah mencalar dan menconteng arang
kepada imej perkhidmatan awam,” kata lidah pengarang akhbar itu.

Dua hari lalu, Utusan menerbitkan
berita yang menyebut laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016
telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Ketua audit negara sahkan
Memetik
sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan
mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut
sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat
pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low
(Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber
tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib
mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan
campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar
itu.

Hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan hal ini dalam suatu kenyataannya.

Katanya,
selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran
BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan
audit 1MDB.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan
1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib
Razak.

Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat
pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara
Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry
Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...