Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, November 29, 2018

TEGAS!! AMARAN Keras Tun M Kepada PENCETUS KEKECOHAN Kuil Sri Maha Maria...


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •   
Perkara itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Pada
Selasa, semua anggota Parlimen telah senada mengemukakan satu usul
tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof
untuk membincangkan isu itu di Dewan Rakyat.

Insiden kekecohan
yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan
mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu telah menyebabkan
kecederaan parah kepada seorang pegawai bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang
kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian
itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan
orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis
perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Sehingga hari ini, seramai 30 individu telah ditahan polis untuk siasatan.

Berikut ucapan penuh itu:

Kerajaan
amat kesal dengan kejadian rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha
Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada hari Isnin, 26hb November,
serta insiden-insiden rusuhan susulan yang berlaku ekoran daripada
kejadian pertama.

Kecederaan serius kepada anggota bomba penyelamat serta pasukan polis, kerosakan harta benda

awam dan persendirian akibat tindakan perusuh yang tidak bertanggungjawab tidak boleh dipandang ringan.

Seperti
yang telah diterangkan oleh Menteri Dalam Negeri kejadian yang berlaku
di kawasan kuil Sri Maha Mariamman itu adalah perbuatan jenayah oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak timbul sama sekali isu
perkauman, mahupun pertelingkahan agama.

Di dalam kejadian
jenayah, sesiapa juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,
atau mereka yang didapati menjadi dalang, atau cuba mengambil
kesempatan akan berhadapan tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang
sedia ada.

Kerajaan
tidak memandang ringan insiden seperti ini yang boleh membawa kepada
masalah yang lebih besar melibatkan ketenteraman kaum.

Saya telah
diberi penerangan tentang perkembangan terkini siasatan ke atas insiden
ini serta tindakan susulan yang diambil pihak berkuasa.

Saya
berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia
yang telah bertindak untuk mengawal keadaan ini daripada merebak.

Tetapi apa sahaja tindakan yang diambil terhadap mana-mana pihak haruslah secara adil dan saksama.

Negara kita ini sedang diterajui kerajaan yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sudah
tentu terdapat kepincangan yang digemari oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun ini dapat diatasi jika rakyat faham akan latar belakang
kejadian dan tidak berpandu dengan khabar angin.

Amatlah penting
supaya kita semua sedar bahawa keselamatan serta kestabilan negara
adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-samalah kita berusaha untuk
menjaga ketenteraman ini.

Saya
menggesa kepada semua agar tidak mengambil apa-apa tindakan atau
mengeluar apa-apa kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan
ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Kita mahu perkara ini
diserahkan kepada pihak berkuasa dan saya minta semua pihak, samada di
dalam Dewan ini mahupun orang ramai supaya berhati-hati apabila
mengeluarkan kenyataan ataupun berkongsi apa-apa berita mengenai
peristiwa itu kerana sekarang inipun sudah banyak berita palsu dan salah
yang diedarkan.

Kepada ahli politik serta pemimpin-pemimpin badan
bukan kerajaan dan yang berkepentingan janganlah ada pula yang cuba
menangguk di air keroh.

Kerajaan tidak berniat untuk menyekat
kebebasan bersuara tetapi jika apa yang disuarakan itu tidak benar dan
mengancam ketenteraman awam, kita tidak akan teragak-agak mengambil
tindakan.

Kerajaan telah berjanji tidak melakukan sebarang
halangan untuk pemberitaan dan komunikasi tetapi kebebasan ini harus
digunakan dengan penuh tanggungjawab dan bukan untuk mengapi-apikan
keadaan yang boleh membawa kepada perpecahan dan keharmonian perhubungan
antara kaum.

Ini juga bukan masanya untuk menuding jari terhadap
sesiapa. Pihak polis sudahpun diberi tanggungjawab untuk mengawal
ketenteraman serta menjalankan siasatan.

Yang bersalah akan tetap bersalah dan akan menghadapi tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Saya
ingin tegaskan, bukan niat Kerajaan untuk menghukum sesiapa secara
buta-tuli, tetapi demokrasi mempunyai batasnya dan kita semua harus
faham akan batas-batas demokrasi ini.

Tidak ada sesiapa yang boleh bertindak sesuka hati melanggar undang-undang dan menimbulkan

keresahan di kalangan rakyat dan kekecohan dalam negara.

Hak
dan kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang boleh mengatakan apa
sahaja yang bersifat provokatif terhadap sensitiviti pihak lain.

Jika
ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka
sahaja, maka Kerajaan yang mendokong prinsip, dengan izin “rule of law”,
juga akan bertindak berdasarkan undang-undang.

Kerajaan
tidak akan bertolak-ansur dan akan bertindak mengikut peruntukan
undang-undang yang ada untuk memastikan keharmonian dan keamanan negara
tidak diperlekehkan oleh sesiapa.

Saya ingin tekankan sekali lagi -
ini bukan isu perkauman atau berkaitan agama tetapi tindakan jenayah
yang tidak harus diberi sebarang ruang untuk merosakkan hubungan di
antara kaum di dalam negara kita.

Pihak polis telah diberi kuasa
untuk menangani keadaan ini dengan tangkas dan untuk meredakan
ketegangan serta mengembalikan ketenteraman awam.

Saya
juga meminta semua rakyat supaya bertenang dan mengelak dari terbabit
di dalam aktiviti yang boleh menjadi landasan untuk melakukan
“instigation” dan hasutan.

Jika ada sebarang usaha provokasi,
pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba
untuk mencabar undang-undang negara.

Saya juga dimaklumkan bahawa
pihak polis sedang giat memburu mereka yang terbabit di dalam merusuh
dan mencederakan anggota Bomba serta anggota keselamatan dalam kejadian
tempoh hari. Mereka ini akan berdepan dengan tindakan tegas
undang-undang.

Inilah
yang sedang dilakukan sebagai sebahagian usaha kerajaan ini yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat dan negara yang bertuah
ini.

Kita perlu ingat bahawa negara kita adalah tanggungjawab kita. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...