Datuk Dr. Hasan Ali menang saman kepada Khalid Samad. |
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini
berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini
terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati
kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24
Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu “pemimpin
parasit” yang ditimbulkan oleh Hasan.
Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli
Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu
tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.
“Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat,” tambah Hakim Yaacob.
Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap
Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air
Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan
juga Jati.
Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam
sidang media itu adalah bagi menjawab ‘serangan’ Hasan yang menggelarnya
sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah
berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan
kepada plaintif. -utusan
ihsan Terengganu Today
Admin : Ummah perlu bersatu bukannya berpecah dan membiarkan orang lain menghina agama Islam.
No comments:
Post a Comment