VIDEO EKSKLUSIF YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!
Video eksklusif ini belum pernah tersiar. Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.
Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.
Di antara isu di dalam video PART 1 ini:
1. Menjadikan wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)
2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.
3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.
4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.
5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.
Video eksklusif Tragedi Berdarah Memali
Video eksklusif yang belum pernah tersiar... Menyingkap kembali sejarah
Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal
sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak
polis/kerajaan.
Dan segala yang berlaku adalah yang benar-benar berlaku, bukannya seperti rekaan oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.
Anda lihat juga 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf
Dan sehingga ke hari ini, parti PAS masih tidak dapat menjawab persoalan rakyat tentang Tabung Memali. Berapa dan kemanakah perginya tabung tersebut?
MiM percaya rakyat sedar dengan propaganda dan permainan politik kotor pakatan pembangkang selama ini. Dan PRU13 adalah masa yang terbaik untuk menolak pakatan pembangkang.
Kita nantikan video eksklusif Part 2 tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment