RANCANGAN BUNUH TUN M GAGAL!!!
Bekas
ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama
pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr.
Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana
Menteri itu pada tahun 1988.
Penulis
buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang
menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi
menunaikan hajatnya itu.
Menurutnya,
rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh
dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.
"Ketika
itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap,
rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara
yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh
menunggu lagi.
"Selain
Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk
dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami
sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia
dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.
"Hari
ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya
berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma
sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di
Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.
Zainon
berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah
menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR).--Utusan
No comments:
Post a Comment