Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 30, 2013

Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita.OPS DAULAT: Satu Mayat Pengganas Dibawa Keluar

OPS DAULAT: Satu Mayat Pengganas Dibawa Keluar

 

Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat kecuali di kawasan-kawasan operasi, menurut Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, semasa sidang media yang diadakan pada jam 4.30 petang tadi.
Pada jam lebih kurang 9.30 pagi tadi, pasukan keselamatan bersama Pasukan Penilaian Keselamatan (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pejabat Daerah, Ketua Kampung serta ketua keluarga telah membuat lawatan ke kawasan Tanjung Labian. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk menilai kerosakkan yang berlaku terhadap rumah penduduk kampung yang terlibat di dalam Op Daulat ini. Penduduk kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian dibenarkan balik pada hari ini.
Pada jam 11.00 pagi tadi, Pasukan Keselamatan telah membawa keluar satu mayat pengganas bertempat di Tanjung Batu di mana mayat pengganas tersebut adalah mayat yang telah ditembak dalam kejadian pada 6 Mac 2013. Mayat telah dihantar ke hospital untuk post mortem.
Statistik terkini jumlah keseluruhan tangkapan ialah seramai 453 orang dengan pecahan 126 tangkapan disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) manakala tangkapan kes-kes lain seramai 327 orang.
Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 43 orang dan 03 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 66 orang dan 03 orang mayat kanak-kanak.
Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang tercedera seramai 11 orang dengan pecahan 8 orang PDRM dan 3 dari ATM.
Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang. sumber- mynewshub
 
Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita
Mac 27th, 2013 by Najib Razak
Saya sentiasa kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini. Membesar di rumah bersama ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan saya sedar dan hargai akan perjuangan mereka dalam mempertahankan keamanan negara. Sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei, mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua.

Sempena Hari Polis semalam, kita sekali lagi bangga melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat. Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara. Saya harap, perjuangan mereka ini sentiasa dikenang oleh setiap rakya. Bagi meneruskan perjuangan mereka, saya telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Menerusi inisiatif ini, Kerajaan juga akan pastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Kita juga patut berbangga dengan pencapaian semasa PDRM dalam melakukan kerja pencegahan jenayah. Kadar jenayah di negara ini telah menurun sebanyak 27% sejak tiga tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, saya berpendapat, masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah di Malaysia terus menurun. Untuk itu, PDRM telah melakukan pelbagai transformasi antaranya dengan memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi. Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis.

PDRM akan sentiasa bekerjasama dengan rakyat untuk mencapai matlamat kita bersama bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat dan bahagia menerusi pelbagai perubahan serta inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya harap, setiap apa yang dirancang untuk masa depan negara dapat dicapai dengan sokongan terus menerus daripada anda semua.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...