PUAK PAKATAN HARAM AKAN WUJUDKAN KEKECOHAN PADA PRU 13 !!!
apa yang selalu anda dengar dari puak PR adalah SPR tidak bersih,akan
berlaku kekecohan setiap PRU !!! sekarang anda lihat sendiri siapa
puncanya.lihat betul-betul gambar di atas.adakah ini semua kerja UMNO
??? confirm nanti mereka kata ini kerja UMNO !!!
Seorang
teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang
diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera
PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan
dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang
adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.
Kekecohan yang
dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda
sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi
sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat
pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan
tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.
Kawasan Nukleus Panas PRU13:-
1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam
Kekecohan akan
bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah
beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat.
Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan
beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan
media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk
memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda.
Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan
dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang
dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media
build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja
oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di
kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut
digunapakai. [SUMBER]
No comments:
Post a Comment