1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2
– Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia
akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada,
peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya…
SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang
amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia
dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut
pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3
– Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan
bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut
Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan
sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini
jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof
Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk
mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4
– Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan
tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA "Demi allah, saya tak buat
apa yang UMNO tuduh", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA "Tue dia, Anwar
Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu
penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti
menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan
bos mereka mendapat peluru baru."
5 – Anwar
akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari
mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun
membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar
dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk
menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di
saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata
"INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."
6
– Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang
keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat
kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul
Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka
juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama,
mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu
ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini
mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang
Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur
China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah
yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak
pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 –
Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan
emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan
dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk
mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan
kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara
ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik
Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8
– Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk
supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang
diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang
sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang
menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya
tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9
– Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan
skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan
bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai
tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk
keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai
skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada
sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu
taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy
Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah
kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan
cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10
– Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU
nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa
setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi,
aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan
mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR
dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS
permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)
No comments:
Post a Comment