Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, January 25, 2013

Lawatan PM Ke Gaza : Lawatan Perpaduan Bagi Rakyat Palestin


Lawatan PM Ke Gaza Disifatkan Sebagai Lawatan Perpaduan Oleh Rakyat Palestin


Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dapat memberi sokongan pragmatik dan disifatkan sebagai ‘lawatan perpaduan’ oleh rakyat Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Khalek Awang berkata, selain menjanjikan keamanan masa depan, lawatan itu turut menekankan kepentingan amalan kesederhanaan dalam pemerintahan tertinggi.

Beliau berkata, frasa ‘lawatan perpaduan’ memang tepat kerana sejak 1948 berjuta-juta umat Islam dan Kristian Palestin terpaksa meninggalkan tanah air dan tinggal dalam buangan, namun impian rakyat Palestin terhadap pendamaian tetap kukuh.

“Dengan melawat Gaza, Perdana Menteri cuba memaparkan kepada dunia perjuangan rakyat Palestin yang telah bertahan selama beberapa dekad, sekali gus memberi sokongan pragmatik kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau berkata, jika golongan sederhana berusaha secara kolektif dan lebih prihatin terhadap ketidakadilan yang ditanggung rakyat Palestin, inisiatif itu pasti membuahkan hasil yang dinanti-nantikan iaitu perdamaian antara Hamas dan Pihak-Pihak Berkuasa Palestin atau perdamaian antara Palestin dan Israel.

Najib melawat Gaza, lawatan pertama seorang perdana menteri Malaysia ke bumi Palestin, pada lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

- BERNAMA

Ketua Pemuda PAS Dibantai Penyokong Sendiri Gara-Gara Perlekehkan Nasharuddin Mat Isa

nasrudin-tantawi

Pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di a Gaza, telah membuatkan sebilangan pemimpin PAS meloncat, dan pada masa yang sama, ada pula yang cuba untuk ‘test market’.

Nasharuddin Mat Isa, merupakan figura yang paling dikenali di dalam PAS. Walaupun desakan demi desakan agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari PAS, namun sehingga kini, Majlis Syura PAS enggan berbuat begitu. Pemerhati politik beranggapan, PAS enggan mengambil risiko dalam tempoh terdekat ini, memandangkan Nasharuddin Mat Isa mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Namun kedudukan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS tidak akan selamat sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir dan keputusan diumumkan.

Nasruddin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam hal tersebut. Sama ada dia cuba untuk mendapatkan perhatian atau barangkali juga ingin menguji sejauh mana pengaruh Nasharuddin Mat Isa yang selama ini kurang menonjol, hanya dia yang lebih tahu.

Namun cubaannya untuk memperlekehkan pemergian Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri dan anggota rombongannya yang lain, ternyata memakan diri. Nasruddin Tantawi boleh melihat sendiri reaksi yang diberikan oleh ‘rakan-rakannya’ dalam Facebook yang lebih banyak membidasnya berbanding menyokong pendapatnya.
printscreentantawi
Beberapa hari lepas, Nasruddin Tantawi melompat sakan dan begitu marah dengan Karpal Singh yang memaksa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar mengarahkan Majlis Syura Ulama PAS menarik balik ketetapan yang telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH. Pada ketika itu, Nasruddin Tantawi mendapat sokongan yang begitu meluas. Ramai penyokong PAS yang tidak senang dengan kerenah DAP, memuji-mujinya tatkala sebilangan besar pemimpin PAS pula menekup telur masing-masing.

Mungkin bertitik tolak daripada reaksi yang diterimanya itulah, Nasruddin cuba melakukan ujian.
Ramai pecacai Pakatan Rakyat yang cuba melakukan tohmahan dan hasutan berhubung penyertaan Nasharuddin Mat Isa dalam rombongan Perdana Menteri ke Gaza. Daripada kecaman yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terhadap kehadiran Perdana Menteri Malaysia di Gaza, sehinggalah reaksi yang ditunjukkan oleh agen-agen provokator Zionis, terutama menerusi berita-berita yang disiarkan, para pecacai Pakatan Rakyat menjadikan seolah-olah kehadiran itu tidak dihargai oleh warga Palestin.
Dalam hal ini, kita dapat melihat bagaimana golongan yang kononnya menyokong PAS, turut beraksi seperti ANJING PKR dan DAP. Golongan inilah yang paling kuat menyalak dan menggonggong mengikut kehendak tuan-tuan besar mereka. Manakala kepimpinan PAS pula masih lagi terfikir-fikir apa yang seharusnya dilakukan terhadap Nasharuddin Mat Isa.

Menariknya, ada di kalangan penyokong PAS tegar yang memperkatakan semula tentang KERAJAAN PERPADUAN yang sangat banyak dikaitkan dengan Nasharuddin Mat Isa. Kebetulan pula, Najib Abdul Razak ketika berucap di Gaza, memperkatakan tentang penyatuan antara HAMAS dan FATAH yang saling bertentangan dan saling berebut pengaruh di dua kawasan Palestin yang terpisah akibat penjajahan Zionis Israel.


biawakpas 

Isu berkenaan KERAJAAN PERPADUAN merupakan krisis paling hebat dalam PAS. Ramai pengikut akar umbi PAS yang mahukan perpaduan dengan UMNO. Begitu juga sebaliknya. Namun penguasaan pemimpin-pemimpin PAS yang lebih condong kepada DAP dan PKR, membuatkan usaha menyatukan PAS dan UMNO berada dalam status ‘MUSTAHIL’.

Dan walaupun PAS dalam Pakatan Rakyat, tidak ubah seperti bangkai biawak yang bertutupkan bendera PAS, namun para pemimpin berkenaan yang sudah mabuk dengan segala macam janji-janji tuan-tuan besar mereka, terus menghanyutkan para pengikut PAS yang lain dengan ceramah-ceramah berapi kononnya PAS lebih baik bekerjasama atau lebih tepat lagi menjadi pecacai kepada PKR dan DAP berbanding menjadi rakan kongsi UMNO dan Barisan Nasional sekurang-kurangnya di dua buah negeri.

Barangkali reaksi yang diberikan oleh ‘rakan-rakan Facebook’ Nasruddin Tantawi sudah pun dapat difahami oleh Ketua Pemuda PAS dan para pemimpin PAS lain yang terus hebat memainkan cerita kononnya PAS tidak akan lebih baik bersama-sama UMNO berbanding menjadi pecacai PKR dan DAP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...