Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, January 20, 2013

Tubuh Undang-Undang Khas Pelihara Kalimah Allah.


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan

Apakah Haron Din akan dicadangkan oleh Azmin Ali untuk disingkirkan daripada PAS kerana kenyataan beliau ini? Azmin Ali tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura dan masih lagi senada dengan Karpal Singh mahu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible. Yang menjadi persoalannya, beranikah Hadi Awang dan Nik Aziz menentang kenyataan Azmin Ali yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura?


SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.


"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.


"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.


"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.


"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegasnya.

Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak. Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” jelasnya.


Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.


Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. 




pada 19-01-2013 12:01 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir



Post Pic

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam. 
 
"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang,” kata beliau pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi. 
 
"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegas beliau.
 
Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. 
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu. 
 
Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung. 
 
Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam. 
 
Haron tidak mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura yang dianggotai beliau, namun berkata "orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.”
 
PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. 
 
"Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegas beliau.
 
"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah,” ujarnya. 
 
Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara,” kata Haron. 
 
Haron kemudian mengupas rasional disebalik keputusan Majlis Syura Ahad lalu. 
 
"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.
 
"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak,” jelas beliau.
 
"Allah tidak beranak, Allah tidak ada anak, Allah tidak diperanakkan, Allah tidak ada bapa dan tidak ada ibu...tidak mungkin Allah itu ada kumpulan atau pasangan,” katanya.
 
"Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” tambah beliau.  
 
Haron menegaskan bahawa konsep yang dipegang oleh agama-agama lain tentang Tuhan amat berbeza dengan konsep Allah yang diiman oleh orang Islam.
 
"Kalau orang Islam, Tuhan itu selama-lamanya Esa sedangkan dalam agama Hindu bila sebut Tuhan amat ramai Tuhan mereka.
 
“Tuhan dalam Kristian ialah Triniti iaitu tiga dalam satu dan satu dalam tiga iaitu bukan ada satu Tuhan, sekurang-kurangnya ada tiga,” kata beliau.
 
"Jika God yang mereka (orang bukan Islam) faham begitu diterjemahkan kepada Allah orang Islam pun rosak, mereka orang Kristian pun rosak," tegas beliau. 
 
"Orang Islam rosak kerana telah mencemarkan nama Allah daripada Allah yang Maha Esa, Maha Tunggal kepada Tuhan yang ada anak jika dibenarkan mereka (bukan Islam menggunakan kalimah Allah) berbuat demikian,” kata Haron. 
 
"Dan mereka (orang bukan Islam) juga mungkin tidak sedar dikatakan bahawa Allah yang mereka faham selama ini iaitu Allah tiga itu disebut God dalam Allah, Allah jadi tidak ada anak untuk mereka (bukan Islam), rosak akidah mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...