Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, January 22, 2013

KESIAN SUNGGUH ORANG PAS ..

PENYOKONG PAS PULAU PINANG PULA BUAT DEMONSTRASI DI DEPAN PEJABAT GUAMAN KARPAL SINGH!!!


Isu KALIMAH ALLAH nampaknya masih belum reda. Walaupun dari semasa ke semasa, para penyokong dan pemimpin PAS cuba menyalahkan UMNO kerana kononnya telah memainkan isu tersebut ekoran UMNO dan Barisan Nasional sudah terdesak dan tidak mempunyai isu-isu besar untuk mengalahkan akatan Rakyat, nampaknya apa yang dikatakan itu adalah pendustaan semata-mata.

Bukan penyokong UMNO yang berarak atau menunjuk perasaan, tidak senang dan tidak berpuas hati dengan gelagat pemimpin-pemimpin DAP yang sudah besar kepala dan tidak menghiraukan Perlembagaan Negara bagi membolehkan  kewujudan Negara Kristian Malaysia, sebaliknya yang marah adalah pengikut PAS sendiri.

Itu yang berlaku pada jam 9:35 pagi tadi apabila sekumpulan 10 orang ahli dan penyokong PAS Pulau Pinang yang diketuai oleh Hafiz Nordin, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah berhimpun di hadapan pejabat guaman Karpal Singh, Jalan Green Hall Town bagi membantah campurtangan Karpal Singh dan isu KALIMAH ALLAH.

Mereka dilapor bergerak dari pekarangan Dewan Seri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh lebih kurang 80 meter dengan membawa banner dan plakad.

Ada orang PAS yang nampaknya tidak berpuas hati dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh orang PAS sendiri. Kata mereka, orang PAS yang membuat demonstrasi tersebut adalah ANJING UMNO. Dan mereka menyalahkan Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang dilihat lembik dan tidak berupaya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PAS yang benci dengan sikap besar kepala dan angkuh para pemimpin DAP.

Kesian orang PAS tu, kan?


Anggota Akar Umbi Pas P.Pinang Bantah, Kecam Kenyataan Karpal

GEORGE TOWN, 22 Jan –  Sekumpulan anggota akar umbi Pas di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota Pas dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap Pas kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya “Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu”, “Orang Melayu Jangan Undi Karpal”, “PAS Wajib Keluar PR”, “Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama” dan “Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS”.
Mereka turut memijak bendera DAP.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama Pas selaras tuntutan syariat.

“Pada mulanya ada pemimpin Pas buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan,” katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota Pas di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan Pas negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya Pas tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Januari lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...