KiniTV menyertai sekumpulan NGO awal bulan ini, meredah perjalanan
kira-kira 520 kilometer, selama dua hari untuk melihat sendiri kesan
pembalakan yang ditentang aktivis dan Orang Asli setempat.
Jauh
di kawasan yang hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat
roda, di sebalik keheningan belantara tebal, siapa sangka kemarahan
Orang Asli meluap-luap.
kira-kira 520 kilometer, selama dua hari untuk melihat sendiri kesan
pembalakan yang ditentang aktivis dan Orang Asli setempat.
Jauh
di kawasan yang hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat
roda, di sebalik keheningan belantara tebal, siapa sangka kemarahan
Orang Asli meluap-luap.
Siapa lelaki misteri utus surat antisekatan OA?
Di tengah kehangatan isu sekatan Orang Asli terhadap aktiviti pembalakan di Gua Musang, Kelantan, awal bulan ini, muncul sepucuk surat terbuka mendakwa mereka 'dibayar' untuk itu.Ditujukan kepada Datuk Husam Musa, bekas exco yang bertukar menjadi pembangkang negeri, surat “Along” dan “Pandak” itu mendakwa mereka diarah berbuat demikian sebagai balasan untuk makanan, ubatan, arak dan wang.
Siapa dua lelaki itu?
Persoalan itu dilontarkan kembali kepada Malaysiakini ketika cuba mendapatkan reaksi penduduk setempat.
Mustafa Along (gambar), yang mengetuai Orang Asli Temiar yang membuat halangan di Pos Tohoi, berkata beliau tidak pernah tahu berkaitan dua individu itu.
"Mengenai surat terbuka itu kami nafikan seperti apa yang ditulis dan kami akan siasat perkara ini," kata Mustafa, yang juga setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).
“Surat Terbuka untuk Datuk Husam Musa” itu sebelum ini beredar meluas melalui aplikasi pesanan WhatsApp.
Selain aktivis alam sekitar dan Orang Asli, Husam, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dan penasihat Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, antara pihak paling lantang mengkritik aktiviti pembalakan negeri itu.
Ketika ditemui Malaysiakini dua minggu lalu di kawasan hutan simpan kekal (HSK) Gua Musang, dua minggu lalu, Mustafa menegaskan penglibatan Orang Asli dalam sekatan itu merupakan inisiatif sendiri.
"Surat itu satu fitnah pada Orang Asli dan rakan-rakan NGO dan saya rasa itu percubaan untuk merosakkan kerjasama yang dibuat.
"Memang tak ada kononnya kami dibayar untuk mengangkat plakad. Kita bukan buat sekatan untuk dibayar tetapi kita sayangkan hutan.
“Bukan atas sogokan dengan makanan," katanya ketika ditemui di Pos Tohoi, Gua Musang.
Selain itu, Mustafa turut memberitahu, halangan yang dibuat bersama penduduk dari tujuh buah kampung di sekitar Pos Tohoi juga bertujuan untuk memelihara hutan di kawasan tersebut.
Katanya, ia dibuat atas inisiatif penduduk kampung sendiri bagi menunjukkan bahawa Orang Asli serius dengan tuntutan mereka agar hutan terus dipelihara.
"Kami nak tunjuk pada kerajaan negeri yang kami serius dengan permintaan kami supaya kerajaan menjaga hutan serta mengiktiraf Orang Asli.
"Kami nak hutan terus dijaga dan terus kekal untuk kehidupan, bukan keuntungan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment