Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, October 31, 2016

Aksi Husni hadir beri keterangan di Bukit Aman tetapi ditangguhkan

                           

Oct 31, 2016
Bekas
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini
menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi
keterangan berhubung ucapannya yang menyentuh skandal 1MDB ketika
membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, sebaik keluar beliau memberitahu pemberita, ia ditangguhkan.

Sambil tidak memberi sebabnya, namun Husni menjelaskan beliau akan datang semula pada minggu depan. 


Pihak polis menangguhkan soal siasat mereka dengan bekas menteri
kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehingga satu tarikh yang
dijangka pada minggu hadapan.


Ahmad Husni sepatutnya merekodkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini.


Beliau tiba pada pukul 2.15 petang dan meninggalkan Bukit Aman 15 minit kemudian.


Bekas menteri itu dilihat turut memegang salinan peraturan tetap Dewan Rakyat dan beberapa dokumen lain.


Turut hadir beberapa anggota parlimen Pakatan Harapan dan bekas
anggota BERSATU Datuk Khairuddin Abu Hassan yang berada di sana untuk
memberikan sokongan moral kepada Ahmad Husni.


Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Tian
Chua (Batu), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Mohd Hatta Ramli (Kuala
Krai).


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, tiga
bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan
melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.


Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
berkata, Husni, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie
Apdal mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan dengan mendedahkan
perbincangan kabinet.


Ketiga-tiga mereka menyentuh mengenai 1MDB semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.


Menurut laporan Bernama, dua NGO Pertubuhan Jaringan Melayu
Malaysia (JMM) dan Kelab Sahabat Najib (N87) Kuala Lumpur telah membuat
laporan polis terhadap mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...