terbaru pembatalan subsidi minyak masak, kecuali bagi paket 1kg, puisi
mufti Perlis mungkin kembali relevan.
Menulis di Facebook semalam, Datuk Dr Asri Zainal Abidin mengakui
ramai yang bertanya sama ada benar atau tidak beliau menulis puisi
berjudul "Ke mana pergi subsidi kami?".
Puisi
panjang itu, yang dimuat naik ke laman web beliau pada September 2010
itu antaranya mengkritik keras "rampasan" subsidi yang menurutnya
menyebabkan rakyat makin susah susulan tindakan "pencuri harta bumi
rakyat marhaen".
“Ramai bertanya; benarkah saya yang menulis puisi ini? Sebenarnya, puisi ini bukan puisi baru. Ia saya tulis pada tahun 2010.
“Saya tulis dengan perasaan saya sebagai seorang rakyat marhaen ketika
itu dan kini masih marhaen yang sama,” katanya dalam tulisan bertajuk
“Betulkah puisi Dr MAZA?”.
Mengulas puisi itu, Asri berkata “sebagai insan yang lemah”, beliau
tidak dapat berdiam dan turut merasa penderitaan golongan bawahan.
“Seluruh urat dan nadi saya rasa bagai digoncang dan seakan memberontak
dari dalam. Saya sering cuma untuk mengawalnya. Ia benar-benar
menghiris-hiris jantung saya.
“Maka, antara cara meringankannya, saya berkarya agar ada sedikit luahan
bebanan rasa. Maka, puisi ini lahir dalam keadaan seperti itu,” katanya
sambil berkata ia ditulis ketika umurnya belum lagi 40 tahun.
Dicadangkan diam
Bagaimanapun, dedahnya, tulisan itu mengundang nasihat sebaliknya apabila ada pihak mahu beliau hanya menyimpannya dalam hati.
“Mereka cadangkan agar saya diam apatah lagi apabila ada kaitan
dengan politik. Kata mereka hal itu boleh membawa banyak kesusahan
kepada saya.
“Nanti ramai pihak cuba bertindak balas dengan pelbagai cara lalu
potensi saya yang lain akan dipinggirkan. Kepada Allah saya serahkan
segala urusan,” katanya.
Justeru, katanya, di era 40-an beliau kini cuba menelan nasihat itu, apatah lagi ketika berjawatan rasmi sebagai mufti.
“Saya mencuba sedaya upaya dalam membenam banyak rasa yang membara di
jiwa. Walaupun hakikatnya ia amat pedih dan tidak mudah bagi sistem diri
saya ini. Insya-Allah saya cuba,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, di samping menelan “sabar yang mencabar”, beliau sendiri mempunyai persoalan lain dalam dirinya.
“Jika ada yang bertanya; betulkah itu puisi Dr MAZA. Jawab saya; ya, itu puisi lama. Masa darah muda sebelum angka 40 menjelma.
“Cuma minda saya sendiri tertanya; semalam ataupun hari ini yang lebih benar dan wajar?” katanya.
No comments:
Post a Comment