Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, November 1, 2016

Pelaburan China di M'sia dijangka meningkat - PM

Pelaburan China di M'sia dijangka meningkat - PM:

 'China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009.'

                                   Hasil carian imej untuk Bapa Songlap negara

Hubungan
ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan
jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Beliau berkata tahun lepas, China melabur US$2 bilion (RM8.4 bilion)
di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran
meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.



"China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan
yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak
US$100 bilion," katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju
Industri China di Beijing pada Selasa.



Acara anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) itu turut
dihadiri Menteri Miti Datuk Seri Mustapa Mohamed.



Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin,
dan semasa di sini, syarikat Malaysia dan China akan menandatangai
lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan,
pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan
panel solar serta pembinaan.



Putrajaya dan Beijing juga akan menandatangani Perjanjian Rangka
Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan, Pemerolehan, Kontrak Pembinaan
Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilai US$13.10 bilion (RM55
bilion) pada Selasa.



ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.



Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan ekonomi dan
perdagangan antara Malaysia dan China sangat menggalakkan berdasarkan
hubungan perniagaan dan politik yang kini pada tahap tertinggi.



Beliau berkata syarikat Malaysia seperti IOI Group, Parkson, dan KLK,
juga menimbang untuk meluaskan operasi masing-masing di China.



"Kami berkongsi pandangan China bahawa cara terbaik untuk berhadapan
dengan kekangan ekonomi ialah dengan meningkatkan kerjasama dan
mewujudkan manfaat bersama dan pertumbuhan mampan menerusi pelaburan dan
perdagangan," katanya.



Najib berkata pembabitan China yang semakin meningkat dengan rakan
dan jirannya, menerusi strategi 'Go Abroad', inisiatif Satu Jalur Satu
Jalan serta perjanjian pelbagai hala seperti Perjanjian Perdagangan
Bebas ASEAN-China, membolehkan Malaysia meraih manfaat daripada
penonjolan China di peringkat dunia.



Beliau berkata ekonomi Malaysia terus stabil dan berapa pada
trajektori yang positif dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar
antara 4 dan 4.5 peratus tahun ini dan meningkat kepada lima peratus
pada 2017.



"Berdasarkan asas ekonomi yang kukuh, Malaysia terus menjadi
destinasi yang sangat menarik kepada pelaburan langsung asing (FDI),"
katanya.



Najib berkata pada separuh pertama 2016, FDI yang diluluskan mencecah
83.3 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas.



Beliau berkata kepelbagaian ekonomi, asas perkilangan yang kukuh,
infrastruktur moden dan penyambungan, dasar kerajaan yang proaktif
selain sistem perundangan yang kukuh, menawarkan potensi besar untuk
memperkukuh kerjasama dengan China.



"Malaysia juga boleh menjadi gerbang China ke ASEAN dan melepasinya," kata Najib pada pertemuan itu.



- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...