Ketua
Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pihak polis akan
mengambil keterangan dalam sehari dua ini daripada tiga bekas anggota
kabinet yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan dalam ucapan di
Parlimen, baru-baru ini.

Tiga anggota kabinet tersebut ialah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah.
Katanya,
siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi atau OSA
1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB.

Berdasarkan hakikat yang ada, apakah nasib Muhyiddin, Shafie dan Husni selepas ini?
Dipenjara? Didenda? Atau dihukum sehingga hilang kelayakan daripada bertanding dalam PRU 14 akan datang?
SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT.
1.
Amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi
amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan
rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak
dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan
keselamatan dan pertahanan negara.

2. Ini
bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan
penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan
dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah
tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya
pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan
anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah
laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

3.
Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi
jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.
Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi
jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri
adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

4.
Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad
Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap
kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen
baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan, ini bermakna Speaker
Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan
didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah
laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya
rahsia.

Terima kasih Tan Sri Speaker, rasuah dan rompakan negara adalah rahsia.
#BerjuangUntukRakyat
#JanganTipuRakyat
#1MDBAdalahRahsia
#SelamatkanMalaysia
#BiarJasaJadiKenangan
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H.
No comments:
Post a Comment