Bila Pakar Undang2 Ajar Penggubal Undang2 untuk Langgar Undang2 .... Bengong !
BEKAS Professor Abdul Aziz Bari memberi satu kenyataan yang agak janggal atau tidak selari dengan imej yang cuba dibawanya iaitu sebagai seorang yang pakar dalam Perlembagaan Negara bila memberi nasihat songsang kepada MB Kedah perihal undang-undang.
Ia sebagai respons kepada sokongan terbuka yang diberikan oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam mempertahankan tindakan kolej Negeri - Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ) yang telah menggantung lima pelajarnya dibawah AUKU pada 25 Mei tahun lepas.
Kata Pakar kita -
"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”
Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk., seperti ISA, Akta Hasutan dan PPPA. ( KLiK )
Sebelum ini bekas Pakar udang UIA telah mendakwa Azizan sebagai buta undang-undang, yang dibalas oleh Azizan - Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan.
Undang-undang digubal bertujuan sebagai menjaga keamanan negara. Ia bersifat neutral bagi menjaga kepentingan semua pihak. Ia juga adalah satu satu RukunNegara yang wajib setiap rakyat hormat dan junjung. Ia tidak mengenal pangkat dan semua orang tertakluk kepada nya, samada suka atau tidak, sokong atau bangkang.
Samada ia undang-undang yang dilhat oleh satu pihak sebagai lapuk atau buruk , kita tetap kena patuhi selagi ia berkuatkuasa. Kalau tak suka, boleh lah tukar atau buang terus tapi perlulah mendapat majoriti 2/3 dari para penggubal undang-undang atau wakil Parlimen. Ini dilihat sebagai mewakili majoriti rakyat.
Jadi tidak bolehlah mana-mana pihak sesuka hati menukar undang2 atau melanggar undang2 hanya kerana ia dilihat sebagai lapuk. Aziz mungkin melihatnya sebagai lapok tapi bagaimana pula pihak lain yang masih menerimanya sebagai relevan ? Lu siapa Aziz ?
....kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.
Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat “daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."
Apa maksud Aziz dengan jangan libatkan pemimpin politik ? Kerana Karpal yang mewakili KUIN juga merupakan pemimpin Dap ? Bagaimana pula dengan pelajar terbabit yang diwakili oleh penasihat undang2 Pas ? Bukankah Karpal juga cari makan sebagai loyar ? Atau Aziz ada apa-apa terhadap seorang benggali menjadi loyar ? Rasis tuh hehehehe ...
Aziz Bari seharusnya menjadi contoh terbaik apa yang kononnya menjadi kepakaran beliau. Atau Aziz cuma ingin dilihat sebagai hero kepada golongan muda sebagai persediaan satu platform untuk beliau memasuki politik dan menjadi calon PRU13 ?
No comments:
Post a Comment