NABI DI KALANGAN ORANG ARAB...!!!!
Krisis pemikiran dan intelektual yang dihadapi oleh umat Islam sekarang akan menguatkan agenda musuh Islam untuk menguasai dunia Islam di bawah telunjuk mereka.
Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), umat Islam seharusnya lebih mengutamakan kesepaduan dan persamaan objektif dan matlamat di dunia dan akhirat dengan menekankan segala penyusunan strategi dan agenda berdasarkan ilmu pengetahuan dan keihlasan hati.
“Jika umat Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan mempunyai visi global, maka mungkin segala masalah titik bengik dan isu sampingan seperti perselisihan mazhab feqah dan kefahaman yang tertentu, isu sama ada kita ini sekular atau tidak, isu pentafsiran keadilan dan kezaliman, dapat diselesaikan dengan penuh bijaksana tanpa mulai meretakkan kesatuan matlamat dan kesepaduan perjuangan ummah keseluruhannya” katanya.
Sesuatu yang membimbangkan, seandainya pemikiran umat Islam di negara ini sama seperti yang dialami oleh negara-negara Islam yang lain, sedang berkecamuk dengan pelbagai fatwa dan ajaran yang memberi gambaran bahawa gerakan Islam oleh beberapa golongan yang tertentu itu sahaja yang benar-benar Islam.
Golongan ini cuba memberi gambaran kepada masyarakat Islam, bahawa golongan mereka sahajalah yang berjuang dan menjalankan agenda Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang membawa para pengikutnya memasuki syurga.
Perjuangan golongan ini dihubungkan dengan perjuangan jihad yang suci sebagai jihad kerana agama, sedangkan perjuangan dan aktiviti golongan lain tidak termasuk dalam jihad. Dr. Ismail juga berkata, dalam keadaan begini, para intelek Islam seharusnya segera melibatkan diri dalam mengupas isu-isu ini secara aktif dan positif.
Mereka seharusnya lebih bersikap pro-aktif dan keluar ke tengah-tengah arena untuk memperkatakan yang benar berdasarkan kajian fakta dan akar umbi persoalan yang dibicarakan itu.
Kenyataan seperti “kembali kepada al-Quran dan Sunnah” haruslah disertakan dengan agenda dan prinsip-prinsipnya yang harus diatur dan dilaksanakan fasa demi fasa untuk benar-benar direalisasikan prinsip-prinsip ajaran al-Quran dan Sunnah.
Jika ini tidak dilakukan maka selama-lamanya kenyataan itu akan hanya merupakan slogan yang tidak diketahui bagaimanakah harus diberikan pengisian dalam bentuk program dan agenda yang melibatkan dasar negara.

No comments:
Post a Comment