KUMPULAN PRO HAJI HADI DENGAN AHLI-AHLI PENTING UMNO
1. DESAKAN DEMI DESAKAN parti PKR ke atas PAS supaya memecata dato' Dr Hassan Ali, akhirnya dituruti dengan begitu mudah. Kata Dr Hassan Ali, tanpa surat pertuduhan, tanpa dipanggil membela diri, tanpa diberi tunjuk sebar, dalam tempoh singkat beliau dipecat.
2. Kali ini dalam Kolej Ugama Islam Negeri (KUIN) di Kedah, ketegasan Menteri Besar Kedah menggunakan AUKU telah ditekan dengan begitu gelojoh oleh rakan-rakan PAS di dalam PR, khususnya DAP dan PKR. Kitab utama PR yakni Buku Jingga telah digunakan oleh Profesor Aziz Bari yang disingkir, untuk memulahalalkan pemecatan Menteri Besar Kelantan pula.
3. Penulis pernah menghadiri Majlis Pertemuan bekas-bekas murid tua Maahad Mahmud di Alor Setar tidak lama dahulu dihadiri MB Kedah, Dato Jamil Khir Johari,Tan Sri Khalid Mohamad, Dato Dr Mashitah, mantan KP JAKIM, dan lain-lain murid tua sekolah tersebut yang berjaya menjadi orang yang terkenal di peringkat negeri dan negara.
4. Ustaz Azizan dengan selamba membalas kata-kata Profesor Aziz Bari, katanya " Buku Jingga Bukan Al-Quran"!!! Jika PR mendesak PAS memecatnya pun tidak mengapa. Seterusnya di http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/01/azizan-sudah-bagi-hint.html
5. Penulis percaya, seperti yange penulis jangkakan selama ini, penulis amat yakin niat pengunduran diri TGHA akan sampai ke kemuncaknya. Apa yang barangkali akan mengejutkan ialah selepas memecat Ustaz Kazim Elias, Dr. Hassan Ali, barangkali tidak lama lagi YB Nasharudin dan kemungkinan besar Menteri Besar Kedah (mengikut darjah kekuatan desakan orang-orang Anwar dan DAP di dalam PAS), penulis percaya TGHA tidak daloam kedudukan yang selamat. Kemungkinan Peristiwa Datuk Asri Muda dipecat akan berulang lagi.
6. Di mana-mana anda pergi sekarang, jentera PAS yang baru beberapa minggu digerakkan menjadi kacau bilau, mereka menjadi kacau tidak tentu arah, kekacauan dim peringkat pusat telah dihidu oleh ahli-ahli di peringkat bawah. Penyokong atas pagar sudah mula menjauhkan diri, malah sudah berani mengkritik parti mereka. Di Selangor, mereka sangat-sangat malu digelar Parti Adat & Sukan. Sepatrutnya parti Islam portfolio Islam lah yang mereka patut jaga.
7. Teman-teman PAS penulis setiap hari melepaskan kekecewaan mereka malah kemarahan mereka. Mereka mahu PAS kembali seperti dahulu, mereka mahu PAS seperti zaman Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa dan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. Biarlah tidak memerintah asalkan konsisten dan tidak tunduk kepada desakan DAP dan PKR.
8. Mungkin TGHA sudah sedar sekarang, kerana mana mungkin di saat-saat penting TGHA mengeluarkan statement mengundur diri. Plotnya sama dengan plot Dr Hassan Ali. Sehari sebelum 901, Dr Hassan Ali dipecat.
9. Seterusnya apakah giliran Menteri Besar Kedah? atau YB Nasharudin pula tetiba mengeluarkan statement yang mengejutkan. Bagi penulis PAS menjadi sebegini terok sekarang bukan disebabkan oleh UMNO, tetapi disebabkan oleh kumpulan-kumpulan ambitious dalam PAS yang budayanya di bawah oleh team-team berdana besar sebagaimana yang disebutkan sebagai team erdogans, anwarisma, Pas Pro-DAP dan sebagainya. Waallahualam, ini hanyalah firasat penulis, barangkali semuanya salah belaka.
No comments:
Post a Comment