Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 3, 2012

‘Bangang’..’Kepala Bapak Hang’, Cerca Anwar Kepada Mufti Perak & Fathul Bari..

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerca kembali Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda dengan kata-kata sinis, ‘Apa hang bangang sangat ni’.. ‘Kepala Bapak Hang’ apabila mereka berdua menegurnya berkaitan dengan ucapannya di BBC News, 12 Jan.




“(Anwar berkata soalan wartawan kepadanya adalah) ‘awak telah difitnah berulang kali mengenai liwat..apakah awak akan pinda undang-undang atau batalkan undang-undang kalau awak jadi Perdana Menteri.

“Saya jawab..kita umat Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam..terima institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan..dan saya tidak pernah minta maaf..itu keyakinan kita..itu apa maknanya..maknanya tak terima lah..apa hang bangang sangat ni..apa hal..

“Kemudian saya sambung..bagaimana dengan undang-undang sekarang..377B..yang kenakan saya, yang fitnah, yang khianat..yang pergi siasat ke bilik-bilik orang..reka..bagi DNA la..(air) mani la..apa semua..saya kata undang-undang sekarang ini..yang ada dibuat undang-undang di Malaysia..bukan undang-undang Islam..undang-undang ini saya kata..usang..jumud..mesti dipinda..

“Tafsirnya panggil ustaz tua sorang, ustaz muda sorang..’eh tak patut..tak patut Anwar kata begini..saya minta dia beristifar dan bertaubat’..Kepala bapak hang..”, kata Anwar dalam program Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan.

Berdasarkan keterangan Anwar di atas, terdapat perbezaan dengan percakapan sebenarnya yang dirakamkan BBC News, Asia.

Soalan sebenar BBC – jawapan Anwar

Dalam wawancara dari Mumbai itu, wartawan BBC bertanya Anwar soalan seperti berikut :



“Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawab Anwar; “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Rujuk soalan wartawan dan jawapan Anwar sebenar dalam rakaman video di atas, kiri.

Semasa penjelasan Anwar dalam ceramah di Dengkil, Anwar menyembunyikan fakta soalan wartawan berkaitan soalan khusus tentang gerakan gay dan pindaan undang-undang, tetapi dalam rakaman BBC, walaupun Anwar tidak menyebut khusus tentang undang-undang tersebut, namun di Dengkil, dia mengesahkan bahawa undang-undang itu adalah undang-undang anti-liwat, 377B.

Dalam undang-undang Malaysia, Seksyen 337B Kanun Keseksaan bermaksud hukuman penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan terhadap ‘sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) secara sukarela’.

Mufti Perak, Fathul Bari di TV3

Dalam program Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual”, 18 Jan, dua orang ahli panel, Harussani dan Fathul Bari dipertontonkan rakaman jawapan Anwar (tanpa soalan wartawan) rakaman dari BBC tersebut.

Rujuk rakaman video TV3,

Berdasarkan rakaman jawapan Anwar di BBC itu, Harussani berkata terdapat dua point penting yang ingin disampaikan oleh Anwar, iaitu pertama, undang-undang lapuk dan kedua, menghukum individu yang tidak bersalah.

“Satu dia kata..undang-undang yang ada berkenaan homoseksual ini dah lapuk ataupun tidak lagi relevan pada waktu ini..apakah yang dimaksudkan di situ, maknanya kita tidak perlu menghukum orang-orang yang membuat perkara macam ni (melakukan aktiviti liwat).

“Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukuman-hukuman liwat itu telah pun wujud dalam Al-Quran yang mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, katanya.

Menurut Harussani hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam iaitu kesemuanya bersetuju pelaku aktiviti liwat mesti dihukum dan tidak boleh dilepaskan.

“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita”, katanya.

Aspek kedua yang dibahaskan oleh Mutfi Perak adalah maksud kata-kata Anwar yang berkata menghukum individu yang tidak bersalah.

“Saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.

“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.

Fathul Bari pula berkata ucapan Anwar boleh dinilai dari segi niat dan kefahaman tentang Islam.

“Niat beliau, wallahualam..apa tujuan beliau mengungkapkan perkataan-perkataan yang dilihat sebenarnya tidak relevan dengan Islam itu sendiri..kita tak tau yang tu.

“Adapun dari sudut kefahamannya..dilihat di sini, kefahamannya tentang undang-undang Islam, tentang hukum hakam Islam..saya kira, cara beliau bercakap seolah-olah menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri”, katanya.

Israel

Semasa ceramah di Dengkil, Anwar juga turut menyentuh tentang rencana di Wall Street Journal tentang sokongannya terhadap Israel.

“Ditanya saya tentang hubungan Palestin-Israel..saya kata..Pertama..mesti pertahankan hak aspirasi perjuangan rakyat Palestin.

“Kedua..kalau ini diterima..saya tidak pertikai untuk jaga kedamaian supaya jangan ada peperangan di antara Palestin dan Israel, maka saya kata, saya terima kerajaan Israel dipelihara dengan aman”, katanya.

Namun penerangan Anwar di Dengkil berbeza dengan laporan Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan

yang memberi keutamaan Anwar untuk menyokong dan menjaga Israel serta mengkesampingkan isu Palestin.


Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Dua orang bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari yakin kata-kata Anwar di WSJ adalah kata-kata sebenar yang lahir dari hatinya yang menggambarkan sikap dan pegangannya terhadap Israel.

“Sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel ? Malah setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel. Apa Anwar tidak tahu semua ini ?

“Dia tahu tetapi yang penting bagi Anwar adalah (kepentingan) dirinya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan Yahudi selepas menghentam APCO tempoh hari adalah buat kenyataan pertahankan hak Israel seperti yang dinyatakan dalam Wall Street Journal tempohari”, kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar.

Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar mencabar Ketua Umum PKR itu agar menyaman WSJ, jika sekiranya, media itu tersalah petik berkenaan percakapannya.

“Kenyataan Anwar tentang Israel itu dipetik dari WSJ, jadi kenapa disalahkah media lain.

“Saya percaya media lain memetik bulat-bulat apa yang terkandung dalam WSJ, jadi jika dia nak beri amaran atau ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan terhadap WSJ terlebih dahulu.

“Saya percaya ia adalah apa yang diperkatakan Anwar dan WSJ tidak tersalah petik. Pendirian sebenar tidak dapat disembunyikan lagi dengan beberapa petunjuk terkini seperti Israel ‘syurga’ LGBT.

“Kini, Anwar tidak dapat menahan diri lagi daripada menunjukkan sokongan kepada Israel”, katanya.

Video Ucapan Anwar Sokong Negara Israel Mula Tersebar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...