Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 22, 2018

Hutang RM1 trilion: Pihak swasta dunia tak berpihak pada Najib

Hutang RM1 trilion: Pihak swasta dunia tak berpihak pada Najib: ULASAN | Ini walaupun bekas perdana menteri tegur cara menteri kewangan kira hutang negara kerana masukkan hutang GLC.



Kim Beng Phar  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN | Walaupun mantan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menegur cara dan corak pengiraan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dimana contingent liabilities
(tanggungan bersyarat) telah dimasukkan ke dalam akaun hutang negara,
namun pihak swasta seluruh dunia tidak berpihak kepada Najib lagi.


Terdapat dua sebab mengapa terjadi sedemikian.


Pertama, ekonomi Malaysia sememangnya berat sebelah. Banyak syarikat
swasta Malaysia, sebenarnya mempunyai penajaan pihak kerajaan pusat atau
negeri.


Ini merupakan salah satu faktor dimana Dasar Ekonomi Baru mungkin
telah menyeleweng. Kerana sasarannya bukan lagi untuk membantu rakyat
miskin jelata.


Tetapi untuk memperbanyakkan ekuiti dan saham-saham syarikat yang
berbentuk begini, dimana setengah saham masih terletak di tangan
kerajaan dan setengah lagi di pihak swasta.


Cara urus niaga ini tidak diterima oleh banyak pusat pengajian di
Barat, atau pun, Jepun sebagai urus niaga yang sah. Ia mengandungi
elemen-elemen bantuan kerajaan, biar pun tidak secara terbuka.


Pengiraan Lim langkah radikal


Kedua, kerajaan pusat serta negeri telah membantu banyak pihak swasta
dengan tidak berbelah bagi. Cara pengiraan Lim Guan Eng merupakan
langkah radikal serta pertama kali demi memisahkan hubungan-hubungan
politik yang tidak sihat ini.


Jika tidak, perakaunan hutang negara akan menjadi lebih tercelaru.
Daripada sudut pemegang saham, ini merupakan satu faktor negatif, kerana
pengurusan syarikat-syarikat ini bukan berpandukan pasaran bebas.


Malah, banyak pakar penyelidik ekonomi dan perakaunan telah menyerap
angka terbaru hutang negara ini sebagai jumlah yang betul. Cara
pengiraan Najib telah diketepikan.


Perbebanan (tanggungan) kontingen sebenarnya merupakan satu konsep,
dimana kerajaan pusat ataupun negeri sedia membayar hutang-hutang yang
telah diambil oleh pelbagai syarikat kerajaan, atau lebih dikenali
sebagai "government linked companies" (GLCs).


445 syarikat naungan kerajaan


Mengikut catatan Professor Edmund Terence Gomez daripada Universiti
Malaya, terdapat lebih kurang 445 syarikat di bawah naungan kerajaan
pusat di seluruh Malaysia.


Hutang kesemua syarikat-syarikat ini harus direkodkan sebagai
tanggungan kontingen (bersyarat). Ini adalah kerana risikonya yang bakal
gagal dalam urus perniagaan.


Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, cara pengiraan
terbaru ini memang tepat dan kena pada waktunya. Hutang negara biasanya
termasuk surat penjaminan untuk membayar kesemua hutang GLCs.


Malah, Tun Dr Mahathir juga turut mengatakan bahawa Rakyat Malaysia
telah memilih kerajaan yang berhemah pada pilihanraya ke-14. Mengapa?




Menurut Tun, sekiranya Pakatan Harapan tidak menang, pembayaran yang
ditaja oleh Barisan Nasional akan bertambah RM 300 billion lagi pada
hutang negara.


Jumlah ini merangkumi kesemua janji-janji serta manifesto Barisan
National yang bakal ditunaikan, biarpun kerajaan pusat di Putrajaya
sudah ketandusan wang. Salah satu cara Najib ialah untuk meminjam lagi.


Sebenarnya masalah utama Malaysia ialah kos saraan hidup yang kian
meningkat. Kadar inflasi mungkin nampak terkawal pada 5 peratus. Namun
dengan mata wang ringgit yang rendah, pengguna-pengguna di Malaysia
kerap kali terpaksa membayar lebih sekiranya membeli dari pasaran
antarabangsa.


Setakat ini, lebih kurang 13.5 peratus pembelajawan negara bakal di
gunakan untuk membayar bunga hutang negara, tidak termasuk dananya lagi.
Kalau dibandingkan pada tahun 2009, peratusannya hanya 9 peratus. Ini
bermakna, kadar pembayaran hutang telah bertambah sebanyak 4.5 peratus
dalam sembilan tahun.


Baik jika hutang negara dikurang


Memang adalah satu perkara yang baik, sekiranya hutang negara
Malaysia boleh dikurangkan. Tapi dalam ekonomi sedunia, hutang-hutang
negara sedunia telah mencapai AS$ 199 trillion pada tahun 2017.


Malah seluruh dunia sedang beroperasi berlandaskan hutang. Iaitu
hutang yang bakal dibayar; biarpun ia bakal dibayar pada satu masa
hadapan, bukan sekarang. Kerajaan Malaysia turut sama juga dalam proses
ini.


Banyak yang di bawa ke hadapan. Sekiranya kerajaan pusat atau negeri itu utuh dan berintegriti, maka ini tidak menjadi masalah.


Malah, masalah dan implikasi ekonomi akan bermula apabilah tangan
kiri tidak sedar apa yang tangan kanan sedang lakukan. Natijahnya,
sekiranya kerajaan pusat atau negeri telah hilang hala tuju yang benar,
maka prestasinya akan terus merosot, sehingga pelbagai gelagat dan
gejala ekonomi akan menular.


Tidak lain, tidak kurang, pengangguran akan terus meningkat, kerana
kemahiran individu sudah tidak selari dengan ekonomi nasional dan
sedunia.



KIM BENG PHAR ialah sarjana tamu di Waseda
University, Tokyo yang sedang menulis buku mengenai komuniti Asia Timur.
Beliau juga bekas penyelidik kanan di City University of Hong Kong.


Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


1 comment:

  1. Bonggok..kalau najib memimjam salag..yg PM pakatan nak memimjam drp Jepon itu betol kaa? Bodoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...