Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, June 23, 2018

Umno dakwa HARAPAN ugut penjawat awam

Umno dakwa HARAPAN ugut penjawat awam: Kerajaan HARAPAN pimpinan Dr Mahathir Mohamad mula nampakkan ciri diktatornya, dakwa unit komunikasi Umno.



 Ni lagi satu penipuan UMNO/BN. Bukan kah
semasa UMNO/BN ramai pejawat awam bersara atas tekanan, diberhentikan
dan ditukar sesuka hati. Bukan UMNO/BN yg ajar supaya kakitangan walak
kpd pemerintah semasa. Bukankah semasa UMNO/BN ramai pejawat awam tidak
naik pangkat walaupun memang berhak tetapi atas faktor politik mereka
dinafikan hak. Tapi kalau penjawat awam itu adalah LANTIKAN POLITIK
BARISAN NASIONAL, memang sepatutnyalah dilucut jawatan atau disarankan
letak jawatan! Bukan kah dah tiba giliran lantikan politik BN angkat
kaki... 






Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Unit Komunikasi Strategik Umno mendakwa pentadbiran HARAPAN pimpinan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengugut penjawat awam
dengan pelbagai cara supaya menyokong kerajaan.


"Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pimpinan Tun Dr
Mahathir Mohamad mula menampakkan ciri-ciri diktatornya apabila
menteri-menteri kabinetnya mula mengugut penjawat awam dengan pelbagai
cara.


"Timbalannya, Datin Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan semua
penjawat awam di seluruh negara agar menyokong kepimpinan Pakatan
Harapan atau kemungkinan dikenakan tindakan, termasuk buang kerja.


"Datuk Seri Azmin Ali pula mengugut ketua dan pegawai agensi kerajaan
yang disyaki melakukan salah laku agar meletak jawatan atau disingkir,"
kata kenyataan unit Umno itu hari ini.


Dakwaan tapisan politik


Umno juga mendakwa berlaku tapisan politik bagi mereka yang ingin menyertai sektor awam.


"Bagi yang ingin menyertai sektor awam pula akan dikenakan tapisan
politik sebelum diambil bekerja. Ini lebih teruk dari sistem sosialis
dan menjengkelkan.


"Mereka nampaknya diberikan dua pilihan - sama ada menyokong HARAPAN
untuk kelangsungan hidup mereka atau meletak jawatan atas syak
wasangka," kata kenyataan itu.


Umno juga menyoal jika dakwaan yang dibuatnya itu merupakan cara Dr
Mahathir mengecilkan perkhidmatan awam serta menjimatkan kos kerajaan.


"Mungkinkah ini cara halus Dr Mahathir untuk mengecilkan perkhidmatan
awam, serta menjimatkan kos kerajaan? Atau ini taktik ugutan bagi
menakut-nakutkan rakyat, khasnya mereka yang mengundi BN?" Soal
kenyataan itu.


Unit komunikasi Umno itu juga mendakwa zaman pemerintahan Barisan
Nasional mengamalkan demokrasi berpolitik dalam kalangan penjawat awam.


"Ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional yang
mengamalkan demokrasi berpolitik dalam kalangan penjawat awam.


"Hak menyokong mana-mana parti di luar Barisan Nasional (BN) amat
dihormati, asalkan mereka bertugas mengikut atur-kerja yang digariskan
untuk mereka, iaitu berkhidmat kepada rakyat," dakwa kenyataan itu lagi.


Bagaimanapun, pada era pemerintahan BN, para pemimpinnya biasa membuat gesaan supaya penjawat awam menyokong kerajaan.


Menjelang PRU14, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru kakitangan kerajaan supaya walak (setia) kepada kerajaan dan memastikan Putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang (pada waktu itu HARAPAN).


Bercakap dalam perhimpunan penjawat awam di pusat pentadbiran
kerajaan itu, Najib Razak menyifatkan golongan itu sebagai setia kepada
kerajaan dan pendukung utama negara.


'Tindakan disiplin sokong pembangkang'


Manakala itu bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid pernah dilaporkan memberitahu akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah pada awal tahun ini bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru dan pegawai kementerian yang menyokong pembangkang.


Mahdzir berkata kakitangan awam, pegawai jabatan pendidikan dan guru
dihalang daripada menyertai mana-mana parti pembangkang atau mengkritik
kerajaan.


“Mereka patut letak jawatan dan gunakan kapasiti parti untuk bercakap
atau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka mahu
melawan kerajaan,” beliau dipetik Kwong Wah sebagai berkata demikian.


Kementerian akan mengarahkan golongan itu meletakkan jawatan, tambahnya.


“Kita tidak benarkan mereka bekerja dalam agensi kerajaan ketika menjadi pembangkang atau memegang jawatan parti,” katanya.


Bagaimanapun, kata Mahdzir lagi, mereka yang menyertai dan memegang jawatan dalam parti pemerintah (waktu itu BN) dibenarkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...