Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 22, 2018

TRXC akan lapor polis berhubung dana RM3 bilion

TRXC akan lapor polis berhubung dana RM3 bilion: Selepas menteri kewangan dedahkan dana untuk pembangunan TRX itu, diambil oleh 1MDB, katanya.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




TRX City Sdn Bhd (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung dana
untuk pembangunan Tun Razak Exchange yang diambil oleh 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).


Dalam laman webnya semalam, syarikat itu berkata, tindakan akan
diambil selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan
semalam bahawa sejumlah RM3.07 bilion, yang dimaksudkan untuk
pembangunan TRX, telah didakwa disalahgunakan oleh 1MDB.


Berikutan itu, TRXC tidak mempunyai wang yang cukup untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemaju utama TRX.


Lim telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk Azmar Talib
dan Ketua Pegawai Operasi, Tan Hwa Min untuk membuat laporan kepada
polis serta panel siasatan khas 1MDB.


TRXC kemudian dipindahkan ke Kementerian Kewangan pada 31 Mac 2017.


Sementara itu, Azmar berkata, syarikat itu mengalu-alukan sokongan kementerian dalam menyiapkan pembangunan Tun Razak Exchange.


"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai keyakinan
terhadap TRX, daerah kewangan antarabangsa yang baharu di KL. Pelabur
kami akan melihat komitmen ini secara positif kerana ia mengesahkan
pendirian pro-perniagaan kerajaan.


"Kami telah membuat kemajuan besar dengan projek ini dan menarik
ramai pelabur bertaraf dunia. Dengan sokongan yang sangat diperlukan ini
dan komitmen berterusan dari rakan kongsi kami, kami berharap dapat
menyiapkan projek ini mengikut jadual dan belanjawan, untuk manfaat
Malaysia dan semua rakyat Malaysia," katanya.


Sebagai daerah pusat perniagaan masa depan Kuala Lumpur, TRX akan
mengukuhkan kedudukan bandar raya ini sebagai pusat kewangan dan
perniagaan antarabangsa terkemuka, dengan mewujudkan persekitaran
perniagaan yang bersepadu dan lancar untuk firma perkhidmatan kewangan,
syarikat multinasional dan perniagaan sampingan.


- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...